UNDANG-UNDANG
DAN PERATURAN AM
PERTANDINGAN BOLA JARING
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN
1.
Nama Kejohanan
Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan (MSSK).
2. Kelolaan
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah yang ditentukan.
3. Undang-Undang
Pertandingan
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang gabungan Persekutuan
Bola Jaring Wanita Antarabangsa dan Peraturan Am MSSK/MSSM.
4. Jenis
Pertandingan
Pertandingan berpasukan antara MSSD bagi peringkat umur bawah 12 tahun,
bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.
5. Sistem
Pertandingan
Semua pertandingan akan dijalankan secara " Double Knock Out ".
Perlawanan adalah seperti dalam jadual pertandingan yang disertakan
6. Masa
Bermain
Masa bermain untuk semua peringkat umur ialah 20 minit - 5 minit - 20
minit.
7. Kelayakan
Pemain
7.1 Peringkat Umur 12 tahun
Semua pemain mestilah berumur 12 tahun atau ke bawah pada 1 Januari
tahun pertandingan.
7.2 Peringkat Umur 15 tahun
Semua pemain mestilah berumur 15 tahun atau ke bawah pada 1 Januari
tahun pertandingan.
7.3 Peringkat Umur 18 tahun
Semua pemain mestilah berumur 18 tahun atau ke bawah pada 1 Januari
tahun pertandingan.
7.4 Seseorang pemain tidak dibenarkan bermain dalam kumpulan umur yang
lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.
8 Pendaftaran
Pemain
8.1 Setiap pasukan mengandungi 10 orang pemain.
8.2 Gunakan borang yang telah disediakan oleh pihak pengelola seperti
yang dibekalkan.
8.3 Semua butiran pemian hendaklah diisi dengan lengkap.
8.4 Borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan
pada hari kejohanan.
8.5 Semua pemain di bawah peringkat umur bawah 15 tahun dan 18 tahun
mestilah membawa kad pengenalan asal dan bagi peringkat umur bawah 12
tahun mestilah membawa salinan surat beranak yang telah disahkan oleh
Guru Besar sekolah yang berkenaan untuk diserahkan bersama borang pendaftaran.
9 Pakaian
9.1 Semua pemain mestilah memakai "track bottom". Seluar pendek
atau skirt tidak dibenarkan sama sekali.
9.2 Setiap pemain mestilah memakai bip yang sesuai dengan posisi masing-masing.
Sekiranya berlaku persamaan warna bip yang dipakai, maka undian akan
dijalankan dengan cara membuat lambungan duit bagi menentukan pasukan
yang akan menukar bip.
9.3 Semua pemain wajib MEMAKAI KASUT sepanjang perlawanan berlangsung.
10 Gelanggang
dan Alatan
Rujuk Undang-Undang Bola Jaring Wanita Antarabangsa dan Peraturan MSSK/MSSM.
11 Pengadil
dan Pencatat
11.1 Pengadil akan dilantik oleh Teknik Bola Jaring MSSK dan keputusan
pengadil adalah muktamad
11.2 Pencatat akan dilantik oleh pihak pengelola pertandingan.
12 Cara
Menentukan Keputusan
Setiap perlawanan mesti berakhir dengan kemenangan. Sekiranya kadudukan
seri setelah tamat masa pertandingan, maka keputusan pertandingan akan
ditentukan seperti berikut :
12.1 Pasukan
akan bertukar kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan
masa tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat.
12.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian, seperti
mana yang terdapat dalam buku Undang-Undang Permainan akan dilaksanakan.
12.3 Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan
sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama
lima (5) lagi tanpa rehat.
12.4 Jika kedudukan masih seri setelah masa tambahan lima (5) minit
kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya
dijaringkan.
13 Keputusan
Kejohanan
Pasukan yang menang bagi perlawanan bilangan 8 seperti yang terdapat
dalam jadual pertandingan, dikra johan dan yang kalah dikira naib johan.
14 Kelewatan
14.1 Lima belas (15) minit akan diberikan untuk masa kelewatan.
14.2 Jika selepas masa itu, sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan
sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain, maka pasukan itu dikira kalah.
15 Bantahan
15.1 Hendaklah ditulis dan ditandatangani oleh pengurus pasukan dan
diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan selewat-lewatnya satu jam
selepas tamat pertandingan.
15.2 Bantahan
mestilah disertakan dengan wang tunai RM 100.00
15.3 Sebarang bantahan hendaklah dibuat mengikut Buku Panduan MSSK.
16 Perkara
Yang Tidak Dinyatakan
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan
oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusannya adalah muktamad
Disediakan oleh,
Urusetia,
Kejohanan Bola Jaring MSSK