Pindaan Peraturan Bolatampar Bawah 12 Tahun Dan Ketinggian Jaring 2003
Berkuatkuasa Januari 2003

Undang-undang permainan adalah untuk lelaki dan perempuan bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah. Tujuan dibuat perubahan adalah untuk memberi peluang kepada pemain untuk mencuba tanpa ada tekanan dari membuat kesalahan. Perlawanan adalah dimainkan mengikut undang-undang rasmi yang ditetapkan oleh FIVB kecuali perkara-perkara berikut:

1. GELANGGANG DAN JARING

1.1 Gelanggang permainan adalah berukuran 16 sm x 8 sm . Garisan serang dilukis 2.7 meter selari dengan garis tengah gelanggang.
1.2 Kawasan servis: Kawasan yang berukuran 8 meter di belakang garisan hujung.
1.3 Ia dihadkan oleh dua garisan 15 cm x 5 cm dilukis lurus dengan garisan tepi tetapi dipisahkan jarak 20 cm dari garisan hujung.
1.4 Ketinggian jaring ialah 2.10 cm.


2. CIRI-CIRI BOLA

2.1 Bola adalah berbentuk sfera diperbuat daripada kulit lentur atau kulit sintetik dengan satu pundi di dalamnya diperbuat daripada getah atau bahan serupa.
2.2 Warnanya hendaklah seragam atau cerah.
2.2.1 Lilitannya : 62 cm hingga 64 cm.
2.2.2 Jisim : 200 gm hingga 220 gm
2.2.3 Tekanan dalam : 0.30-0.325 gm/cm2
2.2.4 Jenis : Saiz 4


3. SISTEM SKOR

3.1 Untuk mendapat satu mata :
3.1.1 Sistem ‘Point Rally’ tidak akan digunakan.
3.1.2 Bagi semua perlawanan pasukan yang membuat servis sahaja layak mendapat mata dan meneruskan servis.
3.2 Memenangi satu set :
3.2.1 Semua perlawanan akan dimainkan berdasarkan kepada tiga set terbaik.
3.2.2 Untuk semua set, mana-mana pasukan yang terdahulu mendapat 15 mata dengan kelebihan 2 mata akan memenangi set tersebut. Walaubagaimanapun jika kedua-dua pasukan seri pada mata 16-16 maka mata penamat ialah 17-16 (the breaker).
3.2.3 Untuk set penentuan, pasukan akan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mancapai mata 8.

3.3 Memenangi perlawanan :
Sesuatu perlawanan akan dimenangi oleh pasukan yang memperolehi kemenangan 2 set dengan keputusan 2-0 atau 2-1.

4. KOMPOSISI BARISAN UTAMA
4.1 Barisan utama suatu pasukan terdir daripada enam orang pemain mengikut giliran servis (rotation order) di dalam gelanggang didaftarkan pada permulaan set.

5. PUTARAN SERVIS
5.1 Sistem putaran servis akan dipatuhi seperti yang terdapat di dalam undang-undang bola tampar FIVB. Pasukan yang mendapat servis akan bergerak satu kedudukan mengikut pusingan jam.
5.2 Semasa servis tiap-tiap pasukan mesti berada di dalam gelanggang masing-masing mengikut susunan giliran servis.

6. PEMAIN LIBERO (Peraturan 20 FIVB)
6.1 Satu pasukan boleh mendaftarkan seporang pemain libero yang memakai jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan.
6.2 Pemain libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.
6.3 Pemain libero tidak boleh membuat servis, blok atau menyerang dengan bola di atas paras jaring.

7. KETINGGIAN JARING PINDAAN BERKUATKUASA JANUARI 2003

 
12 Tahun
2.10m
Lelaki
15 Tahun
2.35m
 
18 Tahun
2.43m
 
12 Tahun
2.10m
Perempuan
15 Tahun
2.20m
 
18 Tahun
2.24m

 




 

Carta Organisasi Peraturan/Undang-undang Perancangan Keputusan MSSK/MSSM Latihan
Senarai Kontinjen Alat/Gelanggang Borang Kejayaan Album