SUKAN GOLF
SISTEM PERTANDINGAN
 

          PERATURAN 11: SISTEM PERTANDINGAN

          11.1            PERATURAN AM
                11.1.1   Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang
                            ‘The Royal and Ancient Club Of St Andrews’ dan ‘Local Rules’ kelab golf di mana
                            pertandingan dijalankan.
                11.1.2   Para peserta mesti melaporkan diri kepada ‘starter’ 10 minit sebelum ‘tee-off’.
                           Jika peserta berada di tempat permulaan dalam masa 5 minit selepas permulaan tanpa
                           sebab yang munasabah akan dikenekan penalti mengikut peraturan 33-7. Penalti yang
                           dikenakan kerana gagal bermula pada masa yang ditetapkan adalah 2 kali pukulan, tetapi
                           penyertaan tidak dibatalkan.
                11.1.3  Semua keputusan Jawatankuasa Pengelola muktamad.

          11.2            PENYERTAAN
                            ( Rujuk Peraturan Am MSSM 4.1-7)
                            11.2.1   Penyertaan adalah terbuka pada para pelajar sekolah ahli MSSM lelaki dan
                                        perempuaan rakyat Malaysia mengikut umur.
                                        ( a )      Lelaki dan Perempuan 18 tahun kebawah ( Lahir pada 01 Januari) sekolah menengah.
                                        ( b )      Lelaki dan Perempuan 15 tahun kebawah ( Lahir pada 01 Januari) sekolah menengah
                                        ( c )      Lelaki dan Perempuan 12 tahun kebawah ( Lahir pada 01 Januari) sekolah rendah
                            11.2.2
   Setiap kontijen boleh menghantar sejumlah maksimum 12 peserta yang terdiri daripada
                                        2 orang pemain setiap kumpulan seperti 11.2.1 diatas.

          11.3            BORANG PENYERTAAN
                            11.3.1
   Pemohonan menyertai kejohanan mestilah dibuat melalui borang penyertaan
                                        yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
                            11.3.2
   Semua peserta hendaklah menyatakan butiran diri berikut dan disediakan 1 salinan dokumen.
                                        11.3.2.1
Kad pengenalan atau sijil kelahiran
                                        11.3.2.2
Kad handicap atau surat pengesahan handicap dari kelab
                                                     golf masing-masing atau badan-badan profesional yang diakui oleh MGA
                            11.3.3   Setiap peserta mesti mempunyai sekurang-kurangnya handicap 24 (USGA) bagi
                                        lelaki dan 36 (USGA) bagi perempuan.
 

          11.4      PERTANDINGAN
                      11.4.1
      Kiraan pukulan atau ‘stroker play’ bagi 36 lubang selama 2 hari berturut-turut.
                      11.4.2
      Peserta yang membuat ‘NR’ atau di dapati bersalah oleh Jawatankuasa Pertandingan
                                     kerana melanggar undang-undang pertandingan dikira kalah dalam acara perseorangan
                                     dan acara berpasukan.

          11.5      PAKAIAN
                      11.5.1     Semasa pertandingan peserta dikehendaki memakai pakaian golf sesuai. Kemeja tanpa kolar.
                                    Seluar trek dan jean tidak dibenarkan sama sekali. Pihak pengelola berhak tidak membenarkan
                                    peserta mengambil bahagian sekiranya melanggar arahan ini.
                      11.5.2
     Semasa menghadiri upacara perasmian peserta dikehendaki memakai pakaian seragam
                                    sekolah atau baju kemeja, beseluar panjang dan berkasut.

          11.6      ACARA-ACARA PERTANDINGAN
                      11.6.1
      Acara individu
                                     Pertandingan ini akan ditentukan bedasarkan kiraan skor geros ( 36 lubang ) yang diperolehi
                                     oleh para pemain di dalam setiap pasukan. Pemain yang mendapat skor geros yang rendah
                                     ialah juara ( pingat emas ) di ikuti kedua terendah ( pingat perak ) dan seterusnya yang ke-3,
                                     ke-4 dan ke-5 ( pingat gangsa )Jika terdapat keputusan seri, kiraan semula dalam 18 lubang
                                     terakhir, 9 lubang terakhir, 3 lubang terakhir, 2 lubang terakhir dan lubang terakhir mengikut
                                     susunan di atas.
                      11.6.2   Acara Berpasukan (MSSM Negeri)
                                  Pertandingan ini akan dietentukan berdasarkan kedudukan pemaian-pemain dalam acara individu
                                  (Geros sahaja). Pasukan (negeri) pemenang dikira daripada jumlah kutipan mata berdasarkan
                                  kutipan pingat dalam semua kumpulan seperti berikut:
 

Pingat

Emas

Perak

Gangsa-3

Gangsa-4

Gangsa-5

Mata

5

4

3

2

1

          Jika terdapat keputusan seri,penentuan pasukan pemenang akan dibuat berdasarkan kutipan kenis
          pingat( mengikut susunan) iaitu emas,perak dan gangsa.

            11.7      PENGGUNAAN KEMUDAHAN
                        Bagi semua pemain untuk semua peringkat umur, hanya penggunaan kedi sahaja dibenarkan.
                        Bayaran kedi hendaklah dijelaskan sendiri oleh peserta /negeri,terus kepada kedi berkenaan.
                        Tiada siapa pun( kecuali pegawai pertandingan) yang dibenarkan menggunakan kemudahan buggy,turfmate.
                        Sesiapa yang didapati duduk atau menaiki buggy/turfmate, akan dikenakan penalti 2 pukulan serta amaran
                        dan sekiranya mengulangi kesalahan itu,peserta itu akan dikenakan hukuman.-
PENALTI-PEMBATALAN(DQ)

           11.8      MASALAH CUACA
                       Jika berlaku bencana atau masalah cuaca yang menyebabkan pertandingan tidak dapat teruskan
                       atau dilangsungkan ,skor hari pertama akan diambil kira.

 

           PERATURAN 12- MENARIK DIRI DAN / ATAU MENYERAH KALAH

           12.1      Pasukan atau peserta yang telah bersetuju mengambil bahagian ,tidak dibenarkan menarik diri
                       semasa pertandingan dijalankan
           12.2      Sekiranya sesebuah pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah daripada pertandingan ,
                       semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/peserta akan dibatalkan. Pasukan
                       tersebut tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil
                       atas pasukan berkenaan.
 

            PERATURAN 13-BANTAHAN

            13.1     Bantahan bertulis dengan menggunakan Borang Bantahan yang ditandatangani oleh seorang
                       pegawai pasukan berdaftar,hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
                       Petandingan  atau wakilnya tidak lewat daripada 30 minit selepas pertandingan dengan besertakan
                       wang pertaruhan RM200.00.
            13.2
     Tempoh penyerahan bantahan rasmi ialah 30 minit selepas pertandingan selesai.
            13.3
     Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak
            13.4
     Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan tersebut dan
                       keputusannnya adalah muktamad

            PERATURAN 14 : JURI RAYUAN

                       Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang(minimum)atau 7 orang(maksimum)
                       daripada sekurang-kurangnya 3 buah negeri:
                       1.
       Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/wakilnya
                       2.
       Setiausaha Agong MSSM/wakilnya
                       3.
       Pengerusi Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM berkenaan.
                       4.
       Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan/wakilnya
                       5.
       3 Orang pengurus pasukan MSS Negeri yang berdaftar yang tidak
                                 terlibat dengan bantahan/kes tersebut

 
            
PERATURAN 15: LEMBAGA TATATERTIB

             15.1
            Lembaga ini terdiri daripada :
                               a.
       Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan atau wakilnya sebagai Pengerusi.
                               b.
       Pengerusi Jawatankuasa Teknik  MSSM atau wakilnya
                               c.
       Pengarajh Jabatan Pendidikan Negeri (Pengelola permainan berkenaan) atau wakilnya
                               d.
       Setiausaha Agong MSSM atau wakilnya
                               e.
       Pengerusi teknik permainan bekenaan
             15.2
            Lembaga ini bertanggungjawab untuk:
                               a.
       Memberi amaran
                               b.
       Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
                               c.
       Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta
                               d.
       Mengarahkan pemain dihantar pulang
                               e.
       Menghantar laporan kepada MSS Negeri berkenaan supaya diambil
                                         tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman
                                         yang diguna pakai oleh pertubuhan kebangsaan
             15.3
            Melaporkan kepada MSSM
                               15.3.1  Menghantar tentang peristiwa yang telah berlaku kepada Urusetia MSSM
                                          selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan dan membuat syor dan
                                          cadangan yang sewajarnya yang perlu diambil
                               15.3.2  Bagi kes-kes disiplin berat yang berlaku dan melibatkan pegawai-pegawai,
                                          pihak pengelola pertandingan hendaklah melaporka kepada Jawatankuasa Kerja
                                          MSSM untuk tindakan selanjutnya
                               15.3.3
  Tindakan tataertib berdasarkan ‘Perintah Am’ akan diambl terhadap pegawai-pegawai
                                          yang didapat bersalah.
              15.4      Kes pengganbtungan
                          Pasukan ,Pegawai dan Pemain yang digantung oleh MSS Daerah, MSS Negeri atau MSSM.
                          Jika terdapat MSS negeri yang tidak memberi kerjasama,pengelola hendaklah memaklumkan
                          kepada Urusetia MSSM serta Pengarah Pendidikan negeri berkenaan agar tindakan dapat diambil
                          terhadap pengurus pasukan berkenaan.

 
PERATURAN 17:KESELAMATAN

17.1
        Pihak Pengelola pertandingan MSSM akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk
               mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di tempat penginapan atau pertandingan.
17.2
        Sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda semasa pertandingan adalah tanggungjawab peserta
              sendiri , bagaimanapun beberapa persediaan diadakan untuk mengelakkan kehilngan atau kemalangan.

 

             PERATURAN 18: INSURANS

                          Semua pegawai dan peserta MSS Negeri yang menyertai kejohanan permainan MSSM
                          hendaklah dilindungi insurans.

 
              
PERATURAN 19: PENYALAHGUNAAN DADAH

              19.1       Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti senarai
                           ’Penyalahgunaan Dadah Merbahaya’ diharamkan.
              19.2
       Ujian Pengesahan (Doping Test) boleh dijalankan secara rambang kepada peserta oleh
                           Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
 

               PERATURAN 20: TINDAKAN MAHKAMAH

                           Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil keatas MSSM atau Jawatankuasa
                           Pengelola Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan .

Carta Organisasi Peraturan/Undang-undang Perancangan Keputusan MSSK/MSSM Latihan
Senarai Kontinjen Alat/Gelanggang Borang Kejayaan Album