en

TEKNIK KEBUDAYAAN,
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN
BAHAGIAN PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN COH

 

Undang-undang Permainan Coh MSSK (pindaan 2003)

1. Gelanggang
1.1. Rajah gelanggang.
1.2. Luas Kawasan Gelanggang
2.2.1. Sekolah Rendah : 15m x 25m
2.2.2. Sekolah Menengah : 18m x 30m

1.1. Sekolah Menengah:
2.3.1 Panjang AB = 22.5m
2.3.2 Panjang CD,EF,GH,IJ = 9.0m
2.3.3. Panjang pancang = 1.8m
1.2. Sekolah Rendah:
2.4.1. Panjang AB = 18.0m
2.4.2. Panjang CD,EF,GH,IJ = 7.2m
2.4.3. Panjang pancang = 1.5m
1.3. Lebar Garisan (dari luar) = 30.5cm
1.4. Pancang
1.4.1. Menggunakan paip pvc ½” @ 20cm
1.4.2. Menggunakan paip elektrik ¼”. @ 15cm

2. Permainan.
2.1. Satu permainan @ perlawanan adalah diantara satu(1) pasukan penyerang dan satu(1) pasukan bertahan(menjaga)
2.2. Undian dibuat bagi menentukan pasukan menyerang @ bertahan.
2.3. Pasukan yang menyerang pada separuh masa pertama, akan bertahan pada separuh masa kedua.
2.4. Setiap ahli pasukan penyerang hendaklah berusaha meluluskan keseluruhan dirinya dari petak mula terus kebelakang tanpa disentuh oleh mana-mana ahli pasukan bertahan(penjaga).
2.5. Setiap ahli pasukan penyerang WAJIB melintasi keseluruhan dirinya garisan KB dan barulah boleh kembali semula kepetak mula tanpa disentuh oleh mana-mana ahli pasukan bertahan.
2.6. Setiap ahli pasukan bertahan hendaklah berusaha menjaga garisan masing-masing supaya tidak dilintasi oleh ahli pasukan penyerang tanpa disentuh.
2.7. Arah serangan akan bertukar setelah ahli pasukan penyerang melintasi keseluruh dirinya garisan KB.
2.8. Pertukaran serangan/bertahan.
2.8.1. Pertukaran tersebut berlaku bila :-
2.8.1.1. Dua ahli penyerang mati ATAU
2.8.1.2. Selepas 5minit serangan bermula.
2.8.2. Serangan semula dibuat bila:-
2.8.2.1. Semua ahli penyerang batal ATAU @
2.8.2.2. Cerah1, 4 batal, @
2.8.2.3. Cerah2, 3 batal, @
2.8.2.4. Cerah3, 2 batal ,@
2.8.2.5. Cerah4, 1 batal ,@
2.8.2.6. Semua cerah.

2.9. Kesalahan pemain
2.9.1. “MENYENTUH” dengan mana-mana anggota TIDAK tangan.
2.9.2. Menampar, menumbuk, menendang, menyepak atau menghalang dengan kaki.
2.9.3. Penyerang /Penjaga TIDAK dibenar memegang pancang.
2.9.4. Menepis pancang (dengan tangan/kaki/badan).

3. Pakaian Pemain.
3.1. Semua pemain wajib pakai JERSI bernombor. Nombor jersi adalah TETAP bagi setiap pemain.
3.2. Semua pemain wajib pakai *kasut. Kasut yang mempunyai tapak(Stark) keras atau tajam TIDAK dibenarkan.
3.3. Pasukan yang tidak memakai kasut tidak dibenarkan mengadakan perlawanan.
3.4. Pasukan perempuan Wajib pakai ‘Track Botom”

4. Pertukaran pemain.
4.1. Setiap pasukan boleh membuat dua(2) orang pertukaran dalam permainan itu.
4.2. Pertukaran pemain boleh dilakukan secara satu,satu atau 2 orang serentak.
4.3. Pemain yang telah ditukarkan dalam permainan itu tidak boleh ditukarkan semula dalam permainan tersebut.
4.4. No Jersi tidak boleh ditukar @ digilir dengan pemain lain.

5. Pembatalan, mati.
5.1. Mana-mana ahli penyerang yang menyentuh garisan dibelakang dikira batal.
5.2. Mana-mana ahli penyerang yang berada dalam petak IJ yang telah melintasi garisan KB TIDAK boleh membatalkan diri.
5.3. Mana-mana bahagian penyerang (pakaian atau badan) diSENTUH oleh mana-mana ahli penjaga dikira mati.
5.4. Mana-mana penyerang yang telah batal, semasa itu disentuh oleh penjaga dikira mati.
5.5. Mana-mana penyerang yang cerah , semasa itu disentuh oleh penjaga juga dikira mati.
5.6. Pemain yang batal adalah tidak mati.

6. Sentuhan
6.1. Semua sentuhan HANYA dengan tangan.
6.2. Sentuhan ialah tangan penjaga dapat mengenai mana-mana bahagian badan atau pakaian penyerang
6.3. Sentuhan dikira JIKA sebelah kaki penjaga berada TETAP pada garisan jagaanya manakala sebelah lagi berada diudara.
6.4. Sentuhan TIDAK DIKIRA jika mana-mana bahagian badan penjaga tersentuh atau jatuh diLUAR kawasan jagaannya.

7. Mata
7.1. Satu(1) mata cerah diberi kepada mana-mana penyerang yang boleh melakukan perkara 2.4 DAN 2.5 diatas.
7.2. Satu (1) batal diberikan kepada mana-mana penyerang yang melakukan perkara 6.1. diatas.
7.3. Satu (1) mata mati diberikan kepada mana-mana pemain penyerang melakukan perkara 6.3, 6.4, 6.5. diatas.
7.4. Semua mata yang diperolehi dalam permainan itu akan dikira.
7.5. Pasukan yang mendapat mata cerah terbanyak dan tidak ada mata panalti dikira menang dalam permainan itu.
7.6. Jika mata cerah seri,Pasukan yang mata mati PALING SEDIKIT dikira menang dalam permainan itu.
7.7. Jika mata cerah dan mata mati seri, pasukan yang mata batal PALING SEDIKIT dikira menang dalam permainan itu.
7.8. Jika pasukan itu mempunyai 1(satu) mata panalti, pasukan itu akan dibatalkan penyertaannya.

Peraturan permainan coh
1. Penyertaan
1.1. Terbuka kepada semua sekolah dalam gabungan MSSK
1.2. Pertandingan peringkat negeri adalah antara wakil MSSK Daerah.
1.3. Dibahagi kepada peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
1.4. Peserta terdiri dari pasukan lelaki dan pasukan perempuan.
1.5. Setiap pasukan hendaklah mengandungi; Sepuluh(10) orang pemain dimana lima(5) orang pemain gelanggang dan lima(5) orang pemain simpanan.

2. Masa permainan

2.1. Perlawanan dijalankan dalam dua(2) separuh masa. Setiap separuh masa selama *sepuluh (10) minit dengan 5 minit rehat diantaranya.
2.2. Pasukan yang memulakan serangan pada separuh masa pertama akan menjadi pasukan bertahan pada separuh masa kedua.
2.3. Undian dibuat bagi menentukan pasukan yang menjadi penyerang @ bertahan.
* boleh diubah mengikut kesesuaian.

3. Sistem Pertandingan
2.1. Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan diperingkat
MSSK Negeri.
2.2. Undian dibuat bagi menentukan kumpulan Tiada pasukan pilihan.

4. Pengadilan
4.1. Pengadilan coh dilakukan oleh sepasukan pengadil terdiri daripada:-
4.1.1. Seorang Ketua Gelanggang
4.1.2. 4 orang pengadil garisan.
4.1.3. Dua(2) orang penjaga masa(Juga pengadil).
4.2. Pengadil membuat keputusan berdasarkan kepada:
4.2.1. Apa yang dapat dilihat olehnya.
4.2.2. Yang difikirkan sesuai.
3.3. Keputusan pengadil adalah muktamad.

5. Bantahan

5.1. Setiap bantahan hendaklah secara bertulis melalui borang disediakan dengan disertakan wang cagaran tunai RM100.00 (Ringgit: satu ratus sahaja) TIDAK dikembalikan kepada Jemaah Juri atau wakilnya TIDAK Lewat dari 30 minit selepas keputusan rasmi diumumkan.
5.2. Juri akan mengeluarkan keputusan setelah mengadakan mesyuarat pada masa dan tarikh yang ditentukan oleh Pengerusi Pengelola.

6. Jemaah Juri.
Jemaah juri terdiri daripada:
6.1. Pengerusi Pengelola.
6.2. Pengerusi Teknik Kebudayaan @ Penyelaras Coh
6.3. Ketua Pengadil
6.4. Ketua gelanggang
6.5. Setiausaha Pengelola.

7. Lain-lain peraturan yang tidak tercatat adalah tertakluk kepada peraturan Am dan peraturan pertandingan MSSK..

Disediakan oleh:
Teknik Kebudayaan,
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan,
Bahagian Permainan Tradisional.

Ahli Jawatankuasa Peraturan Coh Borang Mata Coh Keputusan Album