TEKNIK
KEBUDAYAAN, PERMAINAN CONGKAK
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN CONGKAK 1. PERATURAN PERMAINAN 1.1 PESERTA 1.1.1 Murid perempuan sahaja ( Sekolah Rendah dan Menengah). 1.1.2 Setiap pasukan diwakili oleh tiga (3) orang peserta dari SATU sekolah sahaja. 1.2 PERTANDINGAN 1.2.1 Perlawanan antara pasukan dijalankan secara kalahmati atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Teknik Kebudayaan MSSK. 1.2.2 Setiap perlawanan adalah dalam tiga (3) set.
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 2.1.1 Papan congkak tujuh (7) lubang digunakan. 2.1.2 Guli kaca atau seumpanya sebanyak 98 biji digunakan dalam satu permainan.
2.2 PERMAINAN/ PERLAWANAN 2.2.1 Satu permainan adalah diantara dua (2) peserta dari pasukan yang ditetapkan. 2.2.2 Satu perlawanan adalah di antara dua (2) pasukan yang telah ditetapkan. 2.2.3 Pemain pertama dalam senarai Pasukan A akan bermain dalam satu permainan dengan pemain pertama dari senarai Pasukan B dan seterusnya. 2.2.4 Satu permainan dijalankan dalam dua papan
2.3 PENGADILAN 2.3.1 Setiap perlawanan akan diadili oleh seorang Pengadil yang dilantik 2.3.2 Semasa bermain Pengadil berhak menegur pemain-pemain yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. 2.3.3 Pengadil akan memberitahu kemenangan di akhir perlawanan berkenaan. 2.3.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.
2.4 CARA BERMAIN 2.4.1 Tujuh biji guli dimasukkan ke dalam setiap lubang KECUALI rumah 2.4.2 Pemain duduk berhadapan dengan papan congkak di antara mereka dan berjalan serentak bila diberi arahan JALAN oleh pengadil. 2.4.3 Pemain boleh memulakan “jalan” dengan mengambil biji guli daripada mana-mana lubang dari kawasannya. Semasa berjalan setiap pemain hendaklah memasukkan sebiji guli ke dalam setiap lubang yang dilalui dari KANAN ke KIRI KECUALI “rumah” lawan. 2.4.4 Setiap pemain hendaklah mengambil semua guli daripada lubang yang dipilih/ disentuhnya. 2.4.5 Setiap pemain hendaklah berjalan dengan jarak tangan enam (6) sm di atas permukaan papan congkak. 2.4.6 Setiap pemain boleh melintas lain di awal jalan. 2.4.7 Pemain hendaklah melepaskan genggaman bila semua buah dalam genggamannya telah habis sebelum mengambil buah yang lain dari lubang terakhirnya itu (jika bukan lubang kosong) 2.4.8 Bila buah terakhir masuk ke lubang kosong, pemain tersebut mati gilirannya dan peserta lawan boleh meneruskan / mendapat giliran jalan. 2.4.8.1 Jika pemain mati dalam kawasannya (selepas melintasi kawasan lawan ) dan lubang setentangnya berisi buah, pemain tersebut boleh mengambil buah berkenaan sebagai tikaman bersama buah penikam. Jika tiada, tikaman tidak dibenarkan. 2.4.8.2 Jika pemain mati dalam kawasan lawan, tiada tikaman diberikan. 2.4.8.3 Tikam layar tidak dibenarkan. 2.4.9 Jika buah terakhir masuk ke dalam rumahnya (naik rumah), pemain tidak dikira mati dan boleh meneruskan jalan dengan mengambil buah dari mana-mana lubang dari kawasannya. 2.4.10 Dalam papan kedua dan seterusnya mana-mana lubang yang tidak cukup buah dikira “utut” hendaklah ditinggal kosong. Buah yang kurang/ lebih hendaklah disimpan dalam rumah masing-masing . lubang utut tidak boleh ditanda. 2.4.10.1 Lubang utut bermula dari sebelah kanan. 2.4.11 Pemain yang menang menapak dalam papn pertama akan memulakan permainan. 2.4.11.1 Jika berlaku seri kedua-dua pemain hendaklah memasukkan semula buah dan jalan serentak. 2.4.12 Jika mana-mana buah masuk ke dalam lubang utut: 2.4.12.1 Peserta berkenaan hendaklah mengambil buah tersebut dan terus jalan. 2.4.12.2 Sebagai denda, sebiji buah dari rumah peserta berkenaan di atas handaklah diambil oleh peserta lawan.
2.5 LARANGAN DAN DENDA 2.5.1 SATU KESALAHAN 2.5.1.1 Mendahului arahan pengadil ( 2.4.2). 2.5.1.2 Memasukkan lebih daripada satu (1) buah ke dalam mana-mana lubang semasa jalan (2.4.3). 2.5.1.3 Tidak melepaskan genggaman sebelum mengambil buah lain (2.4.7). 2.5.1.4 Mengira/ menghitung sebelum memulakan jalan. 2.5.1.5 Tidak mengambil buah daripada lubang yang disentuh (2.4.4).
2.5.2 BUANG GELANGGANG 2.5.2.1 Mana-mana pemain yang diberi amaran tiga (3) kali larangan yang sama. 2.5.2.2 Mana-mana pemain yang berkelakuan bukan dalam permainan.
2.6 KEMENANGAN 2.6.1 KEMENANGAN PERMAINAN 2.6.1.1 Pemain diberi
kemenangan sesuatu papan jika ia menang “menapak”
2.6.2 KEMENANGAN PASUKAN 2.6.2.1 Pasukan dikira menang jika dua (2) pemainnya menang. 3. LAIN-LAIN PERATURAN 3.1 Lain-lain peraturan yang tidak tercatat adalah tertakhluk kepada Peraturan-Peraturan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan/ Jawatankuasa Pengelola. Disediakan oleh, |
|||||
|
|||||