Bah.
1 |
BET
YANG DIPINDA(Altered Bet). Sebatang
bet dianggap telah dipinda apabila rupabentuk fizikal bet sah
telah diubahkan. Contoh-contoh pemindaan bet ialah:
menggantikan
hendal sebatang bet logam dengan hendal kayu atau bahan lain,
mengisikan bahan ke dalam bet, menggunakan pita yang berlebihan
(lebih daripada 2 lapis) pada genggaman bet, atau mengecatkan
bet dibahagian atas atau bawah kecuali untuk tujuan pengenalan.
Menggantikan genggaman dengan genggaman lain yang sah, tidaklah
dianggap sebagai telah memindakan bet. Satu genggaman
‘flare` atau ‘ cone’ yang dipasangkan kepada bet dianggap sebagai
sesuatu bet yang dipinda. |
|
|
Bah. 2 |
MAINAN-RAYUAN(Appeal
Play) Suatu
Mainan-Rayuan bola hidup atau bola mati adalah sesuatu
mainan
yang mana seorang pengadil tidak boleh membuat keputusan sehingga
diminta oleh pengurus, jurulatih atau pemain daripada pasukan
bertahan. KEKECUALIAN:
Pengurus, jurulatih atau pemain daripada pasukan menyerang dibenarkan
merayu ke atas kesalahan membuat penggantian tak sah oleh
pasukan bertahan. Jika rayuan dibuat oleh seorang pemadang,
pemadang itu mesti berada di padang-dalam(infield).
Rayuan tidak akan dilayan bila dibuat selepas salah satu daripada
situasi berikut berlaku: |
|
a. Satu pic, sama ada sah atau
tak sah telah dilepaskan.
KEKECUALIAN:
Rayuan ke atas menggunakan Pengganti tak sah atau Masuk kembali
tak sah boleh dibuat pada bila-bila masa selagi Pemain tak sah
itu masih di dalam permainan.
b.
Picer dan semua pemain pasukan bertahan telah meninggalkan
Kawasan Fair, atau
c.
Semua pengadil telah meninggalkan padang selepas sesuatu
mainan terakhir di dalam permainan tersebut.
Berikut
adalah jenis-jenis rayuan:
1. Tidak menyentuh bes.
2. Meninggalkan bes ke atas bola yang disambut sebelum bola
mula-m ula disentuh.
3. Memukul tidak mengikut giliran.
4. Mencuba mara ke Bes Kedua selepas menyentuh Bes Pertama.
5. Penggantian Tak Sah.
6. Masuk-kembali Tak Sah. |
|
Bah. 3 |
DIBERI
BES KE ATAS ‘BALL`(Base on Balls).
Suatu kejadian `Diberi Bes’ membenarkan seorang pemukul maju ke
Bes Pertama dengan selamat dan ini diberikan oleh seorang pengadil
kepada pemukul bila empat pic dianggapkan ‘ball` .
Kadangkala ini dirujuk sebagai ‘Walk`. |
|
|
Bah. 4 |
LORONG
BES (Base Path).
Lorong Bes ialah suatu garisan lurus di antara sesuatu bes dengan
posisi Pelari semasa seorang pemain bertahan mencuba (atau sedang
mencuba) mencecah seorang Pelari. |
|
|
Bah. 5 |
BOLA
YANG DIPUKUL (Batted Ball).
Bola yang dipukul adalah sebarang bola yang kena pada bet atau
dikenakan oleh bet dan jatuh di dalam Kawasan Fair atau
Foul. Tidak diambil kira sama ada ini dibuat secara sengaja
atau tak sengaja. |
|
|
Bah. 6 |
PETAK
PEMUKUL (Batter’s Box).
Petak Pemukul ialah sesuatu kawasan yang mana seorang pemukul
mesti berada dengan tujuan membantu pasukannya mendapatkan larian.
Semua garisan dianggap berada di dalam Petak Pemukul. |
|
|
Bah. 7 |
PEMUKUL-PELARI
(Batter-Runner).
Pemukul-Pelari ialah seorang pemain yang telah memukul, tetapi
belum dimatikan atau tiba di Bes Pertama lagi. |
|
|
Bah. 8 |
GILIRAN
MEMUKUL (Batting Order). Giliran
memukul adalah senarai rasmi pemain-pemain pasukan menyerang mengikut
giliran yang mereka akan memukul. Apabila Kad Giliran
Memukul diserahkan, posisi pemain-pemain hendaklah disebutkan.
|
|
|
Bah.9 |
BOLA
TERHALANG (Blocked Ball).
Bola Terhalang adalah bola yang dipukul atau dibaling yang telah
disentuh , dihentikan, atau di ambil oleh seorang yang tidak terlibat
di dalam permainan tersebut, atau bola itu terkena sebarang objek
yang bukan sebahagian daripada alatan rasmi atau kawasan rasmi
padang. |
|
|
Bah. 10 |
BOLA
TAMPAN (Bunt).
Bola tampan adalah bola yang dipukul dengan tidak mengayunkan
bet, tetapi dengan sengaja ditemu dengan bet dan diketukkan perlahan-lahan
ke dalam kawasan Padang-dalam |
|
|
Bah. 11 |
SAMBUTAN
(Catch).
Suatu sambutan adalah bila bola yang dipukul atau yang dibalingkan
telah disambut secara sah dengan tangan atau glof oleh seorang
pemadang. Jika bola itu cuma dipegang oleh lengan pemadang
atau ditahan daripada menjatuh ke tanah dengan mana-mana bahagian
badan atau pakaian pemadang, sambutan itu tidak sempurna lagi
sehingga bola itu betul-betul di genggam dalam tangan atau glof
pemadang. Ianya tidak dianggap sambutan sah jika sebaik
saja mendapatkan bola, pemadang itu berlanggar dengan seorang
pemain yang lain atau dengan dinding atau terjatuh ke tanah menyebabkan
bola terlucut dari genggamannya. Untuk menentukan sama ada
sesuatu sambutan adalah sah atau tidak, pemadang itu hendaklah
memegang bola itu cukup lama untuk menentukan ia dapat mengawal
bola sepenuhnya dan bila bola dikeluarkan, tindakan itu
hendaklah secara kemahuannya dan disengajakan. Jika bola
terlucut dari genggamannya semasa ia bertindak untuk membaling,
sambutan itu masih dianggap sah.
PERHATIAN:
Sesuatu bola yang terkena sebarang objek selain daripada seorang
pemain pasukan bertahan semasa bola itu masih dalam penerbangannya,
kejadian ini dianggap sama dengan terkena tanah. |
|
|
Bah. 12 |
PETAK
KECER (Catcher’s Box).
Petak Kecer adalah kawasan di mana Kecer hendaklah berada sehingga:
(a)
Sesuatu pic dilepaskan . Semua garisan dianggap
berada di dalam Petak Kecer. |
|
|
Bah.
13 |
PERSIDANGAN
RASMI (Charged Conference).
Sesuatu
Persidangan Rasmi berlaku bila:
1.
(Persidangan Pasukan Menyerang) Pasukan menyerang meminta permainan
ditangguhkan untuk membolehkan Pengurus atau mana-mana
wakil pasukannya berunding dengan mana-mana pemain pasukannya
2.
(Persidangan Pasukan Bertahan) Pasukan bertahan meminta permainan
ditangguhkan atas apa sebab saja dan seorang wakil (bukan yang
berada di dalam padang) dari pasukan itu masuk ke dalam padang
permainan
dan bercakap dengan mana-mana pemain pasukan bertahan. |
|
|
Bah. 14 |
(SP
saja) |
|
|
Bah.
15 |
JURULATIH
(Coach)
a.
Jurulatih adalah seorang yang bertanggungjawap ke atas tindakan
pasukannya di dalam padang dan ia mewakili pasukannya bila bercakap
dengan pengadil atau pasukan lawannya. Seorang pemain
boleh dilantik sebagai jurulatih bila jurulatih tidak hadir
atau pemain itu adalah pemain merangkap jurulatih.
b. Untuk tujuan undang-undang
ini, Pengurus pasukan dianggap sebagai Ketua Jurulatih. |
|
|
Bah. 16 |
LOMPAT
GAGAK (Crow Hop)
Lompat gagak dihuraikan sebagai satu tindakan Picer semasa mengambil
langkah, ia memijak, mengheret kakinya atau melompat keluar dari
bahagian depan Plet Picer, sambil menanamkan semula kaki pasaknya,
menjadikan satu daya gerakan (atau tempat permulaan) kali kedua,
lalu menolak keluar dari tempat permulaan baru ini dan diakhiri
dengan melepaskan picnya. |
|
|
Bah.
17 |
BOLA
MATI (Dead Ball).
Bola mati ialah sesuatu yang :
a. Menyentuhi sebarang objek yang bukan sebahagian daripada
alatan rasmi atau kawasan permainan rasmi atau seorang pemain/orang
yang tidak terlibat di dalam permainan.
b. Terlekat pada alatan pengadil atau masuk ke dalam pakaian
pemain atau
c.
Pengadil mengisytiharkan Bola Mati.
Bola
itu dianggap tidak dalam mainan sehingga Picer:
a. sedang memegang bola di dalam bulatan Picer.
b.
(SP saja) |
|
|
Bah. 18 |
PASUKAN
BERTAHAN (Defensive Team).
Pasukan bertahan adalah pasukan yang berada di atas padang. |
|
|
Bah. 19 |
BOLA
MATI LENGAHAN (Delayed Dead Ball).
Adalah satu situasi yang mana bola tetap hidup sehingga tamatnya
mainan. Apabila semua mainan telah selesai, pengadil akan
mengisytiharkan ‘Bola Mati` dan menguatkuasakan undang-undang
yang sewajarnya. |
|
|
Bah. 20 |
BES
TERANJAK (Dislodged Base). Suatu
bes teranjak ialah bes yang teralih dari kedudukan yang sewajarnya. |
|
|
Bah. 21 |
MAINAN
BERGANDA (Double Play).
Mainan berganda ialah mainan oleh pemadang di mana dua orang pemain
pasukan menyerang dimatikan secara sah dari hasil tindakan terus-menerus. |
|
|
atas
PERATURAN
PERTANDINGAN PERMAINAN SOFBOL
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
PERINGKAT UMUR 18 TAHUN KEBAWAH
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Permainan ini dijalankan mengikut undang-undang Permainan Persatuan
Sofbol
Antarabangsa ( I.S.F.) “Pic Pantas” ( Fast Pitch
) terkini dan Peraturan Am MSSM
terkini.
2.
JENIS PERTANDINGAN
Pertandinagn berpasukan antara MSS Negeri, 18 tahun dan ke bawah bahagian
lelaki dan
perempuan.
3. KELAYAKAN PEMAIN
3.1
Semua
pemain mesti memenuhi Peraturan Am (3) dan (4) MSSM.
3.2
Semua
pemain bagi pertandingan adalah 18 tahun dan ke bawah dan kiraan umur
adalah pada 1 Januari tahun pertandingan atau dilahir pada atau
selepas 01
Januari 1984.
3.3
Semua
pemain mesti membawa Kad Pengenalan mereka masing-masing.
4. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN
4.1
Tiap-tiap
pasukan mengandungi tidak lebih daripada 15 orang pemain, 2 orang
jurulatih dan seorang pengurus.
4.2
Sesuatu
pasukan mesti disertai oleh Pengurus pasukan pada masa perlawanan
dijalankan.
4.3
Pendaftaran
: Sebarang perubahan atau pindaan pada borang pendaftaran
dibenarkan di mesyuarat Pengurus-pengurus pasukan, jika Pengurus
pasukan
berkenaan membawa Surat pengesahan yang diutandatangani oleh
Setiausaha
Agung / Yang Dipertua masing-masing dengan cop rasmi.
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1
Sila
rujuk Peraturan Am (11) MSSM,
5.2
Tempoh
Perlawanan
Semua perlawanan pusingan awal adalah perlawanan masa terhad selama
1 jam 20
minit atau 7 inning. Pusingan kedua dan seterusnya adalah
2 jam atau 7 inning
tetapi pada inning ke 5, jika sesuatu pasukan melebihi lawannya
denagn 10 larian
atau lebih, perlawanan ini hendaklah ditamatkan dan pasukan
tersebut dikira
menang. Dalam tempoh perlawanan masa, permainan mesti
ditamatkan kalau
pemukul kedua ( second at bat ) mendahului lawananya.
5.3 “Tei Breaker”
Jika genap masa 1 jam 20 minit ( pusingan awal ), 2 jam ( pusingan
kedua dan
seterusnya ) kedua-dua pasukan masih lagi seri, tambahan satu inning
dilakukan
sehingga inning ke 9 dan jika masih lagi seri, maka “Tei Breaker”
akan
dikuatkuasakan.
5.4 Untuk perlawanan akhir 2 jam atau 7 inning
penuh akan diambil kira.
5.5 “
Double base” di base pertama akan digunakan.
6.
CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
6.1
Secara Liga
Menang
- 2 mata
Kalah
- 1 mata
Kalah tanpa bertanding
- 0 mata
6.2
Jika seri,
ia akan ditentukan seperti berikut:
6.2.1 Keputusan perlawanan antara semua pasukan
diambil kira. Pasukan yang
mempunyai bilangan kalah yang paling rendah akan diletakkan
lebih tinggi.
Jika seri,
6.2.2
Keputusan perlawanan antara pasukan yang terlibat dakan
diambil kira,
pasukan yang menang akan diletakkan dikedudukan lebih tinggi ( 2 pasukan
yang terlibat ). Jika seri,
6.2.3
Jumlah larian yang kena setelah tamat pusingan awal diambil
kira. Pasukan
yang mempunyai larian kena yang paling rendah akan diletakkan
dikedudukan yang lebih tinggi ( 3 atau lebih pasukan yang terlibat)
. jika seri,
6.2.4
Jumlah larian kena yang paling rendah antara
pasukan yang terlibat akan
diambil kira. Pasukan yang mempunyai larian kena yang paling
rendah akan
diletakkan dikedudukan yang lebih tinggi. Jika seri,
6.2.5 Melalui cabutan undi.
Definisi
larian kena: “:Jumlah larian yang diperolehi oleh pasukan lawan.”
7.
PAKAIAN
7.1
Sila
rujuk kepada Undang-undang Antarabangsa Permainan Sofbol.
7.2
Pengurus
Pasukan, jurulatih dan pemain-pemain mesti memakai pakaian seragam
pasukan yang telah ditetapkan. Nombor pemain mesti disematkan
di belakang
pakaian seragam itu. Dua pasukan yang bertanding tidak dibenarkan
memakai
seragam yang sama warna. Jika berlaku, pasukan yang disebut dahulu
dalam
jadual hendaklah menukarkan pakaian seragamnya.
7.3
“
Face Mask”, “ Throat Protector”, “Chest Guard”, “ Catcher Helmet”
dan Shin
Guard” DIWAJIBKAN semasa permainan berjalan.
7.4
“
Batter helmet” MESTI dipakai oleh pemukul menunggu,
pemukul dan pelari
yang
berada di base.
8. KELEWATAN
Hanya sepuluh minit ( 10 minit ) akan diberikan kepada
pasukan yang lewat dan
selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma
dengan 2 mata dan
bilangan larian 7 - 0 ( untuk perlawanan tersebut sahaja ).
9. BANTAHAN
9.1
Bantahan
ke atas perkara-perkara teknikal akan diselesaikan di padang.
Keputusan Ketua Pengadil adalah muktamat.
9.2
Perkara-perkara
berkenaan dengan hal kelayakan pemain akan diselesaikan oleh
Jawatankuasa Rayuan.
9.3
Bantahan
atas perkara 9.2 hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan
wang
pertauhan
sebanyak RM 200.00 tidak lewat dari 1 jam selepas tamat
perlawanan.
Wang tersebut tidak dikembalikann sekirannya bantahan yang
dibuat
ditolak.
10. JURI
RAYUAN ( PERATURAN AM 14 MSSM )
Ahli Juri Rayuan dianggotai seperti berikut:
10.1 Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola atau wakilnya,
10.2
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola,
10.3 Pengerusi
Teknik dan Pembangunan Sofbol MSSM,
10.4 Ketua Pengadil
Pertandingan,
10.5 Tiga orang Pengurus
Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/kes ini.
11.
BOLA PERTANDINGAN
Jenis bola ialah “ MIZUNO” 100 - ( White Threads
)
12.
PERKARA YANG
TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam PERATURAN AM MSSM
dan PERATURAN PERMAINAN ini, akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM dan
keputusannya adalah muktamad.
atas