UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW DAN SEPAK RAGA
Sepak Takraw
Sepak Raga
PERATURAN PERTANDINGAN

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW

 

1.        GELANGGANG 

1.1      Ukuran – 13.4 m x 6.1 m (bebas dari sebarang halangan setinggi 8 m dari permukaan lantai ). 

1.2      Lebar semua garisan – tidak melebihi 0.04 m dan dilukis hala dalam dari penjuru ukuran gelanggang. 

1.3      Garisan tengah – selebar 0.02 m  

1.4      Garisan suku bulatan – Dilukis pada pertemuan silang antara garisan tengah dengan garisan tepi berjejari 0.9 m dan diukur hala keluar. 

1.5      Bulatab sepak mula – berjejari 0.3 m dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang. Pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang. 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi. Garisan 0.04 m hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3 m.

 

2.       TIANG 

2.1      Ketinggian 1.55m (1.45m untuk wanita). Diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04 m. 

2.2      Kedudukan – didirikan atau ditempatkan 0.3 m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah.

 

3.       JARING 

3.1      Diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran antara 0.06 m hingga 0.08 m. Lebar jaring 0.7 m dan panjang tidak melebihi 6.10 m. Pita sempadan diletakkan 0.05 m dari bahagian hingga ke bawah selari dengan garisan tepi. 

3.2      Di bahagian atas dan bawah dilapik denagn pita 0.05 m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Tinggi jaring di bahagiian tengah ialah 1.52 m (1.42 m untuk wanita) dan 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di tiang.

 

 4. BOLA TAKRAW 

Berbentuk bulat, mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Di perbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika dari rotan, lapisan mestilah mengandungi antara 9 hingga 11 urat. Ukuran lilit antara 0.42 m hingga 0.44 m (0.43 m hingga 0.45 m untuk wanita). Berat sebelum permainan antara 170 gm hingga 180 gm (150 gm hingga 160 gm untuk wanita).

 

 5. PEMAIN-PEMAIN 

5.1      Dimainkan oleh 2 regu (3 pemain bagi setiap regu) 

5.2      Pemain yang berada di belakang dikenali sebagai Tekong. 

5.3      Apit kanan berada disebelah kanan dan apit kiri disebelah kiri. 

 6.       PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN 

6.1      Pemain-pemain dikehendaki memakai Jersi / T-Shirt dan berseluar pendek (bagi wanita T-Shirt berkolar bulat dan seluar sehingga paras lutut) dan berkasut sukan bertapak getah. Jika cuaca sejuk, track suit dibenarkan. 

6.2      Sebarang benda yang dipakai dianggap anggota badan (Jersi hendaklah dimasukkan ke dalam seluar). 

6.3      Dilarang menggunakan sebarang alatan untuk melajukan bola. 

6.4      Ketua Regu dikehendaki memakai Arm Band dilengan kirinya. 

6.5      Semua Jersi hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 dan dipakai secara berterusan sepanjang kejohanan. Nombor hendaklah dari 19 cm tinggi.

 

 7.       GANTIAN PEMAIN 

7.1      Gantian pemain dibenarkan apabila diminta oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi kepada Pengadil Rasmi. 

7.2      Setiap  regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja. 

7.3      Pemain yang diperintah keluar gelanggang dibenarkan dibuat gantian. 

7.4      Mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu tidak dibenarkan bermain di dalam regu lain di dalam pertandingan yang sama. 

7.5      Mana-mana regu yang kurang dari 3 orang pemain tidak dibenarkan bermain dan dikira kalah.

 

 8.       PEGAWAI-PEGAWAI 

Permainan akan diuruskan oleh : 

        1 orang Pengadil Rasmi

        2 orang Pengadil

        6 orang Pengadil Garisan (4 garisan tepi dan 2 garisan belakang)

 

 9.       UNDIAN DAN WARM UP 

Sebelum permainan bermula, pengadil akan membuat undian untuk sepak mula dan petak gelanggang. Regu yang memenangi undian sepakmula hendaklah memulakan warm up selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi pertandingan.

 

 10.     KEDUDUKAN PEMAIN-PEMAIN SEMASA SEPAK MULA 

10.1   Semasa permainan bermula, semua pemain mesti berada di dalam petak masing-masing dalam keadaan bersedia. 

10.2   Tekong yang membuat sepak mula hendaklah sebelah kakinya berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola. 

10.3   Kedu-dua apit regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan masing-masing. 

10.4   Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan di dalam petak gelanggangnya.

 

 11.    PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA 

11.1   Regu yang memilih untuk memulakan permainan hendaklah memulakan set pertama. Selepas tamat set pertama, kedua-dua regu hendaklah menukar petak dan pemenang memulakan set kedua. 

11.2   Campakan hendaklah dibuat setelah pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. Jika campakan dibuat sebelum pengadil mengumumkan mata, pelontar bola akan diberi amaran dan campakan semula diberikan. Semasa melakukan sepak mula, sebaik sahaja bola disepak oleh penyepak bola, semua pemain bebas bergerak di dalam petak gelanggang masing-masing. 

11.3   Sepak mula sah jika ianya melepasi jaring, sama ada ia menyentuh jaring atau tidak, melalui  di antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam petak gelanggang pasukan lawan. 

11.4   Sepak mula boleh dilakukan oleh tekong dengan apa cara sekalipun asalkan salah satu kakinya mestilah sentiasa menyentuh gelanggang di dalam bulatan sepak mula.

 

 12.    PERKARA-PERKARA BATAL 

12.1   Pihak sepak mula 

12.1.1         Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola (melambung, menghempas, memberi kepada apit lain) selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. 

12.1.2         Mana-mana apit mengangkat kaki atau memijak garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat. 

12.1.3         Tekong semasa melakukan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelangggang atau memijak jaring semasa campakan bola dibuat. 

12.1.4         Tekong tidak menyepak bola. 

12.1.5         Bola menyentuh pemain regunya sebelum melintasi ke petak gelanggang lawannya. 

12.1.6         Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang 

12.1.7         Bola tidak melintasi ke petak gelanggang lawan. 

12.2   Penerima sepak mula 

12.2.1         Melakukan tingkah laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau menengking terhadap pihak lawan. 

12.3   Kedua-dua pihak semasa permainan 

12.3.1         Memijak garisan tengah 

12.3.2         Mana –mana pemain yang menyentuh bola di kawasan lawan 

12.3.3         Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa ‘follow-through’ 

12.3.4         Memainkan bola lebih dari 3 kali berturutan. 

12.3.5         Bola menyentuh tangan 

12.3.6         Bola melurut di anggota badan. 

12.3.7         Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua-dua peha / kaki atau badan 

12.3.8         Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring atau tiang atau kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan lawan 

12.3.9         Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda 

12.3.10      Mana-mana pemain yang sengaja melambat-lambatkan permainan.

 

 13.    SISTEM KIRAAN MATA  

13.1   Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau penerima sepak mula, akan diberikan kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya. 

13.2   Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata 

13.3   Permainan dijalankan 2 set dengan 2 minit rehat di antaranya. 

13.4   Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan dalam set ‘Tie Break’ dengan mata 15 mata. 

13.5   Sebelum set ‘Tie Break’ bermula, pengadil akan membuat undian dan bahagian yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak apabila satu regu mencapai 8 mata.

 

 14.    MASA REHAT 

Setiap regu boleh meminta sekali ‘Time Out’ selama 1 minit rehat oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi bagi setiap set bila bola tidak di dalam permainan. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan berada di garisan belakang.

 

 15.    PERMAINAN TERGENDALA SEBENTAR 

15.1   Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak lebih dari 5 minit. 

15.2   Pemain yang tercedera dibenarkan time-out cedera selama 5 minit. Jika selepasa 5 minit, pemain tersebut tidak boleh meneruskan permainan, gantian pemain hendaklah dilakukan. Jika telah membuat gantian, pasukan itu dikira kalah. 

15.3   Semasa tempoh pemberhentian permainan ini, semua pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.

 

 16.    TATATERTIB 

16.1   Setiap pemain mesti mematuhi undang-undang permainan 

16.2   Hanya Ketua Regu dibenarkan menghampiri pengadil sepanjang permainan.

 

 17.    HUKUMAN 

Perkara-perkara berikut perlu dihukum: 

17.1   Menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana pegawai, mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain pemain atau penonton. 

17.2   Memaki atau menuturkan kata-kata kesat kepada pegawai, pemain atau penonton. 

17.3   Melakukan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan maksud mempengaruhi sesuatu keputusan yang dibuat oleh pegawai 

17.4   Meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil 

17.5   Memberi bola kepada pasukan lawan dengan kaki 

17.6   Melakukan tingkah laku tidak sopan 

17.7   Melanggar perintah dan undang-undang permainan

 

Pemain-pemain yang melanggar undang-undang (17) akan dihukum oleh pengadil. Pengadil boleh menggunakan kad-kad berikut: 

        Kad kuning        -        Amaran       

        Kad merah        -        Perintah keluar gelanggang. 

Kad merah boleh dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang DISENGAJAKAN seperti: 

        I        Masih berdegil dan berkelakukan buruk  selepas diberi amaran

        II        Berkelakuan ganas (seperti menyerang, menendang, meludah)

        III        Memaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat

 

 18.    KELAKUAN-KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN 

Tindakan tatatertib perlu diambil terhadap Pegawai-pegawai Pasukan atau pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan sama ada di dalam atau di luar gelanggang.

 

 19.    UMUM

Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk dalam Undang-undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.

atas

2. PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK RAGA BULATAN
12 TAHUN DAN KEBAWAH

1.       GELANGGANG 

1.1     Gelanggang sepak raga dibina di mana-mana kawasan lapang yang rata berbentuk bulat dibataskan   dengan satu garisan bulatan, luasnya 6 meter garis pusat dinamakan bulatan 6 meter. 

1.2   Dalam kawasan bulatan 6 meter ini hendaklah digariskan satu bulatan kecil berukuran 2 meter
       garis pusat, letaknya di tengah-tengah bulatan 6 meter dinamakan bulatan 2 meter. 

1.3     Semua garisan lebarnya hendaklah tidak lebih dari 4 sm.

 

2.       BOLA 

2.1     Bola hendaklah berbentuk bulat, diperbuat dan dianyam selepis daripada rotan berbelah atau
 
sentetik. 

2.2     Beratnya bola hendaklah antara 170 – 180 gm, dan lilitan bulatannya hendaklah antara 40 – 44 sm.

 

3.       PEMAIN 

3.1     Permainan ini dimainkan oleh 6 orang pemain sepanjang masa bagi satu pasukan dengan
 2 orang
gantian. 

       3.2    Gantian pemain hanya boleh dibuat sebelum permainan sesuatu pusingan dimulakan.

 

4.       PAKAIAN PEMAIN 

4.1     Semua pemain hendaklah berpakaian kemas dengan memakai baju jersi / baju T, seluar pendek
 
dan berkasut getah. 

4.2     Setiap baju jersi / baju T hendaklah bernombor dari nombor 1 hingga nombor 8 ( nombor 7 dan 8
 
Hanya untuk pemain gantian sahaja ). Tinggi dan lebar nombor hendaklah tidak melebihi daripada 15 sm dan tidak kurang dari 10 sm. Nombor-nombor ini hendaklah dicap atau dilekatkan di hadapan dan di belakang baju jersi / baju T.

 

5.       KEDUDUKAN PEMAIN 

5.1     Sebelum membuat lambungan untuk memulakan permainan bagi setiap pusingan, maka semua
 
Pemain ( 6 orang ) hendaklah berdiri dalam kawasan bulatan 6 meter mengarah ke pusat bulatan menurut putaran jarum jam, di mana pemain nombor 1 bersedia untuk melambung bola kepada pemain nombor 3, 4 dan 5. 

5.2     Kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan semasa permainan sedang berjalan. 

5.3     Pemain gantian hendaklah mengambil tempat di kawasan pemain yang digantikannya.

 

6.       CARA BERMAIN 

6.1     Seorang pemain hendaklah menyepak, menanduk, memeha atau sebagainya akan bola yang
 
diterima, dan memindahkan atau menghantar bola itu kepada pemain yang lain, dengan tujuan
 bola itu sentiasa berada di udara. Semua anggota badan boleh digunakan dalam permainan ini
 kecuali tangan dan lengan.
 

6.2     Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi melebihi kepala pemain No. 1 kepada pemain No. 3, 4 atau 5 dengan melalui atau melintasi kawasan bulatan 2 meter. Pemain yang menerima bola hendaklah mnyepak kepada pemain lain kecuali No. 1. 

6.3     Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola dengan tidak melebihi 3 sentuhan berturut-turut
 
dan sentuhan yang ketiga, bola itu hendaklah dipindahkan atau dihantar kepada pemain yang lain. 

6.4     Pindahan atau hantaran bola daripada seorang pemain kepada seorang pemain yang telah membuat
 
hantaran kepadanya hendaklah melintasi kawasan bulatan 2 meter. 

6.5     Permainan diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal atau tempoh masa bagi sesuatu
 
pusingan mencukupi.

 

7.       PUSINGAN 

Setiap pasukan akan bermain dengan 3 pusingan dan satu lambungan sahaja setiap pusingan.

 

8.       MASA 

8.1     Masa bermain bagi satu pusingan ialah 30 minit sahaja yang mengandungi 3 pusingan dan
 setiap
pusingan 10 minit sahaja. 

8.2     Untuk menentukan masa bagi satu-satu pusingan, maka wisel akan dibunyikan seperti berikut: 

8.2.1            Bunyi pertama menandakan permainan bermula. 

8.2.2            Bunyi yang kedua menandakan masa 10 minit bagi satu pusingan telah mencukupi. 

8.3     Jika permainan diberhentikan atas sebab-sebab berlakunya perkara-perkara batal, mata yang
 
diperolehi sewaktu permainan diberhentikan diambilkira.

 

9.       MATA 

9.1     Setiap sepakan atau sentuhan akan dikira satu mata. 

9.2   Mana-mana pasukan yang jumlah mata kemenangannya didapati paling tinggi hasil daripada
        3
pusingan akan dikira menang.

 

9.3     Jika mata kemenangannya didapati sama, maka mana-mana pasukan yang bermain mencukupi
 
masa 30 minit atau mendekati masa berkenaan akan dikira menang. 

9.4     Jika dengan kaedah 9.3 di atas juga tidak mencapai keputusan, maka pasukan-pasukan berkenaan
 
akan diberi peluang bermain, masing-masing dengan 1 pusingan 5 minit.

 

10.    PERKARA-PERKARA BATAL 

10.1  Tidak menyepak bola yang dilambung oleh pemain No. 1 sewaktu memulakan permainan. 

10.2 Pindaan atau hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain tidak tinggi
        melebihi kepala dan tidak melalui dan melintasi kawasan bulatan 2 meter. 

10.3 Manyepak atau menyentuhi bola melebihi 3 kali berturut-turut oleh seorang pemain.

10.4 Menyepak  atau menyentuh semula bola yang berpindah atau dihantar kembali kepadanya. 

10.3  Sebarang anggota badan menyentuh tanah atau lantai di luar daripada kawasan bulatan 6 meter
 
atau dalam kawasan 2 meter. 

10.4  Bola jatuh ke atasa tanah atau lantai sasa ada di luar atau di dalam kawasan bulatan. 

10.5  Mengepit atau mematikan bola di mana-mana bahagian anggota badan. 

10.6  Bola melurut ke seberang bahagian anggota badan. 

10.7   Salah seorang pemain tidak pun menyepak atau menyentuh bola pada setiap mata.

 

11.    PEGAWAI-PEGAWAI 

11.1  Permainan akan diuruskan oleh pegawai-pegawai berikut: 

11.1.1 Seorang Pengadil Rasmi – Hendaklah duduk berkerusi dengan sebuah meja
           kecil di hadapannya letaknya di luar bulatan 6.0 m bertentangan dengan tengah-tengah
           bulatan.Jaraknya 6 meter dari bulatan 6 meter. Bertugas untuk memulakan dan
           memberhentikan permainan sama ada masa sudah mencukupi atau perkara-perkara
           batal berlaku. Alat-alat ini mestilah sentiasa ada di sisinya, iaitu sebuah jam jangka, wisel,
           mesin mengira dan borang-borang teknikal. 

11.1.2 Dua Orang Pengadil – Hendaklah berdiri di luar bulatan 6 meter bertentangan dengan
           tengah-tengah bulatan di sebelah kiri dan kanan Pengadil Rasmi. Bertugas mengawal
           semua perkara-perkara batal yang dilakukan oleh pemain-pemain dengan menggunakan
           wisel. Seorang pengadil yang bertanggungjawab kepada 3 orang pemain sahaja sepanjang
           permainan berjalan. 

11.1.3 Dua Orang Penghitung Masa – Hendaklah berdiri di luar bulatan 6.0 m bertentangan
           dengan Pengadil Rasmi, bertugas menghitung hasil daripada semua sepakan atau sentuhan
           yang sah dilakukan oleh pemain. Mereka juga bertugas sebagai pencatat mata yang
          diperolehi.
 

       11.2  Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil Rasmi atau Pengadil adalah muktamad.

atas

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW
 MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

 

1.        UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan ISTAF (Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa yang berkuatkuasa pada masa ini) dan Peraturan Am MSSM.

 

2.       JENIS PERTANDINGAN
2.1    
Kejohanan ini akan mengandungi pertandingan acara-acara berikut: 

2.1.1       Antara PASUKAN (Peringkat umur bawah 12 tahun dan 18 tahun dan ke bawah
               lelaki sahaja). 

2.1.2             Antara REGU (Peringkat umur bawah 12 tahun lelaki dan bawah 18 tahun dan ke
   bawah  lelaki ).                    

2.1.3            Sepak Raga Bulatan (Peringkat umur 12 tahun dan ke bawah lelaki sahaja).

 

3.       PENGURUSAN
3.1    
Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). 

3.2   Urusan pengelolaaan kejohanan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri yang telah         diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM.

 

4.       PERATURAN
4.1   Selain daripada peraturan yang terkandung, maka kejohanan ini akan dijalankan mengikut
       
undang-  undang Permainan ISTAF (Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa yang
        berkuatkuasa pada masa ini).

 

4.2     Kejadian yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSM atau undang-undang berkenaan
 akan
diputuskan seperti berikut: 

4.2.1            Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM. 

4.2.2            Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. 

      4.3  Sebarang persoalan yang telah dibuat Jawatankuasa Kerja MSSM atau Jawatankuasa
             Pengelola Kejohanan adalah muktamad.

 

5.       PENYERTAAN/PENDATARAN
5.1    
Antara PASUKAN bawah umur 12 tahun dan umur 18 tahun dan ke bawah adalah
        terdiri daripada
12 orang pemain bagi setiap peringkat umur.

5.2     Antara REGU bawah umur 12 dan 18 tahun dan ke abawah lelaki, mengandungi
  1 REGU bagi
setiap pasukan dengan 4 orang pemain bagi setiap REGU. 

5.3     Hanya pemain-pemain yang telah didaftarkan sahaja diakui sah dan layak menyertai
  kejohanan ini. 

5.4   Pertukaran pemain yang telah didaftarkan itu boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus
        pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan dimulakan.

 

 6.       SISTEM PERTANDINGAN
     
      6.1    
Acara Berpasukan.
             Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM.
 

6.2     Acara Regu 

6.2.1            Setiap pasukan akan diwakili oleh satu Regu, yang akan ditandingkan secara
  KALAH
MATI. Antara pasukan bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun dan ke
  bawah adalah terdiri daripada 12 orang pemain. (termasuk 3 orang pemain simpanan). 

6.2.2            Keempat-empat REGU dan berjaya memasuki peringkat Separuh Akhir tahun lepas
  akan
menjadi REGU ‘seeded’. Regu Johan dan Keempat diletakkan di Kumpulan Atas
  dan Regu Naib Johan dan Ketiga diletakkan di Kumpulan Bawah. Regu-regu yang lain
  akan diundi bagi menentukan regu lawan masing-masing.
 

6.3     Pertandingan antara pasukan mengandungi 3 REGU, iaitu regu ‘A’, ‘B’ dan ‘C’.
  Pertandingan
akan dijalankan dengan tertib menurut senarai regu atau barisan pemain-pemain
  yang telah diserahkan oleh pasukan-pasukan kepada Pengadil 15 minit sebelum sesuatu
  perlawanan dimulakan.
 

6.4     Mana-mana pasukan yang mendahului memenangi 2 REGU hasil daripada regu ‘A’ dan regu ‘B’dikira MENANG dengan mata 2 – 0  dan perlawanan Regu ‘C’ tidak diadakan lagi. Sekiranya setiap pasukan yang bertanding masing-masing memenangi 1 regu sama ada pada regu ‘A’ atau regu ‘B’, maka perlawanan penentuan antara regu ‘C’ diadakan, mana-mana pasukan yang regu ‘C’-nya   memenangi perlawanan penentuan itu dikira MENANG dengan (2 – 1) 

6.5     Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0 mata. 

6.6     Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata diperolehi
  sama
oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengankaedah mengikut
  tertib berikut: 

6.6.1        Kiraan perbezaan REGU (difference) daripada jumlah regu menang yang diperolehi
oleh
pasukan berkenaan. 

6.6.2        Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi
oleh
pasukan berkenaan.               

6.6.3        Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah mata yang diperolehi
oleh
pasukan berkenaan. 

6.7     Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah berikut dilakukan: 

6.7.1         Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah mengalah lawannya akan dikira
 
menang. 

6.7.2          Jika 3 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan
 
perlawanan semula satu regu pilihan terbuka dalam liga satu pusingan dengan kiraan 5 mata
 sahaja. Undian akan dibuat lagi bagi menentukan perlawanan.

 

6.8     Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukan yang akan bertanding hendaklah
 
menyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada Jawatankuasa
 Pengelola/Pengadil Rasmi yang bertugas.
 

6.9     Setiap regu / pasukan hendaklah berkesanggupan bertanding lebih daripada satu perlawanan dalam
 
sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut. 

6.10  Seorang pemain boleh bermain bagi satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan. 

6.11 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN-UNDIAN adalah tertakluk kepada keputusan
        Jawatankuasa Pengelola.

 

7.       MENARIK DIRI 

7.1     Pasukan yang terlewat 15 minit daripada masa yang telah dijadualkan akan dianggap memberi
 
kemenangan tanpa bertanding (15 – 0, 15 – 0). 

7.2     Menarik diri (walk over) tidak dibenarkan. Jika berlaku, maka pasukan yang berkenaan akan
  dihukum sebagai menarik diri daripada keseluruhan kejohanan ini serta akan diambil tindakan
  oleh MSSM.
 

7.3   Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu (sistem liga sahaja ) tidak diambilkira bagi
        pasukan yang menarik diri.

 

8.       PENGADIL DAN PENJAGA MASA 

8.1     Seluruh perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil yang dilantik khas oleh MSSM
 negeri-
negeri yang berkenaan. 

8.2     Semua Penjaga Garisan atau pembantu-pembantu lain yang akan dilantik oleh Jawatankuasa
 
Pengelola. 

8.3     Segala keputusan yang telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan berkaitan dengan
 Undang-
Undang Permainan adalah muktamad.

 

9.       PENGGANTUNGAN

Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh pengadil maka dengan serta merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan.

 

10.    BANTAHAN / RAYUAN 

10.1   Sila rujuk Peraturan Am ( 13 ) MSSM 

10.2 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan sahaja secara
        bertulis kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada 1 jam selepas perlawanan tamat. 

10.3   Tiap-tiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak
   RM 200.00
( Ringgit Malaysia Dua Ratus ).               

10.4   Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan itu didapati tidak wajar.

 

11.    JAWATANKUASA TATATERTIB 

11.1  Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa 1 jam setelah laporan daripada Pengadil
  atau
Pegawai Pertandingan disampaikan dan membuat keputusan. 

11.2   Jawatankuasa ini adalah berhak mendapat maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan
 
dengan perkara yang dibincangkan un tuk membuat keputusan.

 

12.    JURI RAYUAN 

Juri rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima bantahan atau rayuan yang dibuat oleh pasukan-pasukan dan akan menyampaikan keputusan Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

 

13.    AM 

Semua perkara yang telah tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola MSSM yang berkenaan. Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

atas

Carta Organisasi Peraturan/Undang-undang Perancangan Keputusan MSSK/MSSM Latihan
Senarai Kontinjen Alat/Gelanggang Borang Kejayaan Album