PERATURAN PERTANDINGAN TENIS
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

1.0 UNDANG – UNDANG PERMAINAN

Perrmainan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa
( ITF ), Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) & peraturan AM MSSM

2.0 PASUKAN DAN JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan secara berpasukan antara MSS Negeri, bawah 12 tahun dan ke bawah, bawah 15 tahun dan ke bawah , bawah 18 tahun dan ke bawah ( Lelaki & Perempuan ) Acara-acara yang dipertandingkan ialah ;

2.1 Dua ( 2 ) Perseorangan
2.2 Satu ( 1 ) Bergu

Pertandingan mengikut peringkat umur adalah seperti berikut: -

P.Umur 1.1 ( Tahun Pertandingan ) Acara Bilangan Pemain Setiap MSS Negeri

MINIMUM MAKSIMUM18 tkb Lelaki Berpasukan 4 5

Peringkat Umur (Tahun Pertandingan

ACARA
Bil Pemain Setiap MSS Negeri
Minimum
Maksimum
18 Thb Lelaki
Berpasukan
4
5
18 Thb Perempuan
Berpasukan
4
5
15 Thb Lelaki
Berpasukan
4
5
15 Thb Perempuan
Berpasukan
4
5
12 Thb Lelaki
Berpasukan
4
5
12 Thb Perempuan
Berpasukan
4
5

Nota : tkb = tahun dan ke bawah


3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Tiap-tiap negeri hanya dibenarkan mendaftar maksimum 5 orang pemain bagi
acara berpasukan lelaki dan perempuan.

3.2 Seseorang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja iaitu sama ada dalam acara perseorangan atau bergu.

3.3 Setiap pemain hanya dibenarkan berpasangan dengan pemain dari negeri yang sama sahaja.

3.4 Setiap pemain dibenarkan mengambil bahagian bagi satu peringkat umur sahaja.

3.5 Semua pendaftaran nama pemain hendaklah diserahkan kepada negeri yang mengelolakan tidak lewat dari 20 hari sebelum hari pertama pertandingan dijalankan.

3.6 Pindaan atau gantian nama pemain hendaklah dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan . Selepas daripada itu tidak dibenarkan melakukan sebarang pindaan atau penggantian.

3.7 Jawatakuasa Pengelola berhak menolak mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan 3.5 dan 3.6

3.8 Senarai pemain-pemain perseorangan dan bergu hendaklah disampaikan kepada Referi Kehormat 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.


4.0 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Sila rujuk Peraturan Am ( 11 ) MSSM

4.2 Kedudukan tiap-tiap pasukan dalam kumpulan ditentukan dengan cara keutamaan pasukan ( seeding ) . Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded )tidak dapat mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.3 Kiraan ‘ Games/Set ’ yang digunakan dalam setiap peringkat pertandingan bergantung kepada bilangan penyertaan , kemudahan gelanggang, masa dan kemapuan Jawatankuasa Pengelola.

4.4 Seprang pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara sahaja dalam pasukannya, iaitu sekiranya pemain itu telah bermain dalam acara perseorangan tidak dibenarkan bermain dalam acara bergu bagi perlawanan tersebut sahaja. Sebaliknya pemain tersebut boleh bermain sama ada acara perseorangan atau bergu bagi perlawanan berikutnya.

4.5 Penentuan Johan keseluruhan nya bagi acara berpasukan ditentukan dengan kiraan mata yang diperolehi oleh kedudukan pasukan lelaki dan perempuan berikut:

Johan - 10 mata
Naib Johan - 7 mata
Ketiga - 5 mata
Keempat - 3 mata

5.0 PAKAIAN
Sila rujuk Undang- Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa ( ITF )

6.0 GELANGGANG DAN ALATAN

Sila rujuk Undang- Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa ( ITF )

7.0 BOLA PERTANDINGAN

Jenama bola yang akan digunakan akan ditentukan oleh MSSM

8.0 KELEWATAN

Hanya lima belas minit sahaja ( 15 ) masa menunggu diberikan kepada seseorang pemain pasukan yang lewat. Selepas itu, kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan oleh Refri Kehormat.

9.0 BANTAHAN

9.1 Jika berlaku sebarang pertelingkahan, pengurus pasukan yang terlibat dikehendaki merujuk kepada Refri Kehormat. Bantahan boleh dibuat dan jika dikehendaki oleh beliau membawa perkara berkenaan secara bertulis tidak lewat dari tida puluh ( 30 ) minit selepas tamat perlawanan ( tie ) berkaitan, besertakan wang sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus ) bagi diputuskan oleh Juri Rayuan. Jika rayuan perkara yang dibangkitkan tidak tidak terima , maka dengan sendirinya wang bantahan tidak dikembalikan.

9.2 Sila rujuk Peraturan Am ( 13 ) MSSM

10.0 JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am ( 14 ) MSSM

11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan Am ( 23 ) MSSM

Carta Organisasi Peraturan/Undang-undang Perancangan Keputusan MSSK/MSSM Latihan
Senarai Kontinjen Alat/Gelanggang Borang Kejayaan Album