MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN

Ruj. Kami : PPKn. USukan/ 5040/38(25)
Tarikh : 22 Disember 2002
17 Syawal 1423H

Kemajlis,

Semua Guru Besar/Pengetua
Sekolah Rendah Dan Menengah
Negeri Kelantan.

Tuan/Puan,

BAYARAN YURAN MSSK DAN MSSM 2003

Merujuk perkara diatas, dimaklukan peraturan bayaran yuran MSSK/MSSM bagi tahun 2003 sebagaimana berikut :

1. Yuran Gabungan .

Yuran ini hendaklah dibayar melalui potongan PCG pertama sebanyak 20 sen bagi sekolah rendah dan 50 sen bagi sekolah menengah berdasarkan keramaian murid pada 31 Januari 2003. Pihak sekolah hendaklah menjelaskan yuran gabungan ini sebaik sahaja Geran Pertama PCG diterima dan dibuat atas nama BENDAHARI AGUNG MSSK ( Borang Putih).

2. Yuran MSSK.

Yuran ini hendaklah dikutip dari setiap orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 Atas di sekolah menengah . Bayaran hendaklah berdasarkan keramaian murid pada 31 Januari 2003 kecuali pelajar tingkatan 6 Rendah yang dikira mulai kemasukan mereka mulai bulan Mac atau April tahun 2003. Kaedah bayarannya adalah seperti berikut :

2.1. Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 berjumlah - RM 2.00
2.2. Murid Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 Atas berjumlah - RM 4.00

2.3. Dalam hal ini sekolah hendaklah membuat bayaran mengikut kaedah berikut :

2.3.1. Sekolah Rendah : MSSD. RM 0.50 Sen. dan MSSK : RM 1.50 Sen
2.3.2. Sekolah Menengah : MSSD. RM 0.50 Sen. dan MSSK : RM 3.50 Sen

2.4. Semua bayaran bagi MSS Daerah hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI MSS DAERAH berkenaan ( Borang Kuning) manakala bagi MSSK atas nama BENDAHARI AGUNG MSSK (Borang Merah)

3. Yuran MSSM.

Yuran Tabung Sukan MSSM ini hendaklah dikutip dari setiap murid Tahun Satu Sekolah Rendah sahaja sebanyak RM 1.00 seorang sepanjang persekolahannya. Pihak sekolah hendaklah menjelaskan bayaran ini berdasarkan keramaian sebenar murid tahun satu sepanjang tahun. Bayaran hendaklah dibuat berasingan kepada Bendahari MSSK ( Tabung Sukan MSSM) untuk perhatian EN. Razuki Bin A. Rahim.

4. Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta menjelaskan bayaran-bayaran tersebut dengan kadar segera bagi mempastikan kegiatan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai. Untuk itu terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

( DATO' HAJI SHAFII BIN HAJI ISMAIL PMP,ASK,AMN,. )
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Kelantan.

s.k. 1. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
2. Pengarah Bahagian Sukan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Bendahari Majlis Sukan Sekolah-sekolah Melaysia.
4. Pengarah Pendidikan Kelantan
5. Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan.
6. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.
7. Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran.


Mi/Siaran Yuran MSSK 2002 (hd NEC

Carta Organisasi Pengenalan Pencapaian Peraturan Kaedah Latihan
Tips Alat Borang Gelanggang Album