TEKNIK DAN PENGURUSAN PERSEDIAAN LATIHAN BOLA BALING
A TAJUK LATIHAN MENGAJAR DALAM KEJURULATIHAN
1 PRINSIP-PRINSIP DALAM LATIHAN SUKAN
  1.1 Program latihan boleh dirancang berdasarkan kepada beberapa prinsip,antaranya ialah:
    a. Prinsip pengalaman melalui pemerhatian
    b. Prinsip melalui pergerakan dan kesedaran
    c. Prinsip melalui latihan yang bersistem dan progresif
    d. Prinsip terhadap kebolehan dan perbezaan individu
    e. Prinsip melalui perancangan
  1.2 Prinsip Pengalaman melalui pemerhatian
    1.2.1 Pengalaman terhadap sesuatu pergerakan didapati melalui pemerhatian dalam filem pertandingan atau demontrasi oleh ahli-ahli sukan
    1.2.2 Maka demontrasi dari jurulatih dan pertunjukkan secara meniru(imitation)oleh pelajar menjadi asas dalam prinsip ini.
    1.2.3 Semasa demontrasi,perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian:
   
a.
Tempat demontrasi oleh jurulatih
   
b.
Kedudukan jurulatih
   
c.
Kedudukan pelatih
   
d.
Jarak antara keduanya
  1.3 Prinsip Melalui Pergerakan dan Kesedaran
    1.3.1 Prinsio ini membolehkan mereka menganalisa dan memikirkan terhadap pergerakannya samada pergerakan yang diperolehi mempunyai kesesuaian dari segi fizikalnya dengan pergerakan badanya supaya ianya lebih berkesan.
    1.3.2 Untuk sampai ketahap ini, 2 kualiti perlu ditanamkan kepada pelatih dalam program ini.
   
a.
Memberi peluang untuk berbincang dan memahami tentang sesuatu objektif dan tujuan semasa menjalankan sesuatu pergerakan.
   
b.
Mengembang kebolehan untuk menilai kebolehan diri sendiri
  1.4 Prinsip Melalui Latihan Yang Bersistem dan Progresif.
    1.4.1 Latihan dirancang secara progresif atau ansurmaju seperti naik tangga turun tangga satu langkah ke satu langkah yang lain.
    1.4.2 Prinsip ini juga menegaskan 2 kriteria dalam latihannya:
   
a.
Mulai dari aktiviti yang senang kepada yang suka.
   
b.
Dari pergerakan yang tahu kepada yang baru.
    1.4.3 Untuk mengadakan satu struktur latihan yang bersistem, terdapat 4 faktor yang perlu dipertimbangkan:
   
a.
Kepentingan latihan
   
b.
Demonstrasi pergerakan
   
c.
Keterangan Pergerakan
   
d.
Latihan Pergerakan
      Walau bagaimanapun, faktor-faktor berikut hanya berdasarkan kepada:
   
a.
Bentuk latihan ( Kemahiran,Daya tahan dan kelajuan )
   
b.
Kumpulan yang terlibat ( umur,Jantina dan sebagainya )
  1.5 Prinsip Terhadap kebolehan dan perbezaan individu
    1.5.1 Kebolehan antara para pemain adalah berbeza kerana terdapat beberapa faktor
   
a.
Struktur fizikal badannya.(Posture)
   
b.
Latar belakang sosial(Pendedahan dan Pemakanan)
    1.5.2 Maka kajian terhadap pemain secara individu adalah penting kerana dengan adanya kajian tersebut, jurulatih boleh mengatur strategi khas untuk pemain tersebut.
    1.5.3 Program yang baik untuk setiap orang pemain tidak seharusnya mendapat pencapaian yang sama untuk pemain lain.
  1.6 Prinsip melalui perancangan
    1.6.1 Untuk meningkatkan prestasi suatu perancangan yang sistematik yang melibatkan beberapa tahun perlu dirancang mengikut peringkat demi peringkat.
    1.6.2 Faktor-faktor yang penting dalam perancangan ialah:
   
a.
Tujuan dan objektif perancangan tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat.
   
b.
Rancangan hendaklah mempunyai unsur-unsur sains
   
c.
Objektif rancangan mestilah ditetapkan dengan sejelas-jelasnya dan dapat dikoordinasikan dengan baik.
   
d.
Rancangan mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa
   
e.
Perhubungan antara penilai,kawalan dan perancang mesti dilaksanakan sebagai satu unit.
2. Kaedah Latihan
  2.1 Lima aspek perlu dipertimbangkan dalam proses latihan:
    a. Persediaan fizikal
    b. Persediaan teknikal
    c. Persediaan tektikal
    d. Persediaan teori
    e. Persediaan psikologi
  2.2 Untuk mencapai objektif tersebut, beberapa kaedah boleh digunakan seperti berikut:
    a. Membina gambaran mental melalui prinsip demontrasi dan kesedaran pergerakan.
    b. Melalui latihan bercorak Orthodox dalam 3 peringkat:
    i. di bawah teknik yang senang.
    ii. di bawah situasi yang biasa
    iii. di bawah situasi yang sukat.
  2.3
Melatih di bawah situasi pertandingan yang melibatkan:
    a. Latihan teknikal
    b. Latihan tektikal secara individu
    c. Latihan tektikal secara kumpulan
  2.4 Latihan melalui perlawanan persahabatan dengan tujuan untuk menilai:
    a. kesediaan pemain di tahap tertinggi
    b. kerjasama diantara satu sama lain dalam taktikal
    c. kerjasa a sebagai kumpulan
  2.5 Menyertai pertandingan dengan tujuan:
    a. untuk meningkatkan prestasi melalui latihan
    b. untuk memperolehi pengalaman praktikal dalam teknik dan tektik
    c. untuk mendapat pengalaman dalam situasi perlawanan/pertandingan sebenar
3. Pengurusan dan Persediaan Latihan
  3.1 Definisi
    Pengurusan merupakan suatu proses yang berterusan dalam sesebuah organisasi untuk mengkoordinasi aktiviti-aktiviti dalam memenuhi pelbagai bahan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi supaya ianya lebih efisyen.
 

Disediakan oleh:

mya_10@hotmail.com / yusadam@hotmail.com

Carta Organisasi Peraturan/Undang-undang Perancangan Keputusan MSSK/MSSM Latihan
Senarai Kontinjen Alat/Gelanggang Borang Kejayaan Album