UNDANG-UNDANG
PERMAINAN BOLA BALING
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola
Baling Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan AM MSSM.
2. JENIS PERTANDINGAN
1. Pertandingan berpasukan antara MSS. Negeri, bawah 12 tahun dan bawah
18 tahun (Lelaki dan Perempuan)
2. Masa Permainan
1. Secara Liga
15 minit setiap separuh masa permainan dengan 5 minit rehat (15:10:15)
2.2.2 Kalah Mati
20 minit diberi untuk setiap permainan dengan 10 minit rehat
(20:10:20)
2.3 Masa Rehat Pasukan (1 minit)
(Team Time Out)
1. Setiap pasukan dibenarkan meminta masa rehat (Time out) sekali
bagi setiap separuh masa.
2. Pegawai dari mana-mana pasukan bolehlah memohon masa rehat dengan
melayangkan KAD HIJAU kepada penjaga masa (Time keeper)
3. Situasi yang dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah;
1. Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol sendiri atau garisan
tepi gol. (Own goal line or outer goal line)
2. Selepas pasukannya terkena jaringan gol
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Tiap-tiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 14 orang pemain (
7 orang pemain dengan 5 orang pemain ganti dan 2 orang pemain simpanan).
1. Untuk setiap perlawanan, 12 orang pemain akan didaftarkan ke dalam
borang skor (Scoresheet) sebelum perlawanan bermula dengan 7 orang pemain
(6 pemain gelanggang dan seorang penjaga gol).
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau cara kalh mati
seperti berikut:-
1. Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)
1. Pusingan Pertama
1. Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian , mereka
hendaklah dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu A, B,C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
2. Johan, naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam petandingan tahun
lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :-
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut
dengan cabutan undi.
3. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian
maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
2. Pusingan Kedua ( Suku Akhir)
1. Pemenang 1 dan pemenag 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan
suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
2. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :-
3. Pusingan Separuh
Akhir (SA)
1. Pemenang-pemenang (Pmg.) perlawanan Suku Akhir akan
memasuki pertandingan Separuh Akhir
2. Pertandingan ini hendaklah dimainkan secara kalah mati seperti berikut
:-
Pmg. SA 1 melawan Pmg. SA 2
Pmg. SA 3 melawan Pmg. SA 4
4.1.4 Pusingan Akhir
1. Pemenang-pemenang peringkat Separuh Akhir layak bermain dalam Pertandingan
Akhir dan pasukan yang kalah dalam peringkat Separuh Akhir akan bermain
bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.
2. Cara Liga Tiga Kumpulan ( A, B, C dan D ).
1. Pusingan Pertama
1. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil bahagian merek
hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan
akan dijalankan secara liga.
2. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :-
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
4.2.2 Pusingan Kedua
1. Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan
ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
2. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
3. Dari tiga Pemenang 1, satu akan ditempatkan ke kumpulan lain.
4. Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari
Pemenang 1 kumpulannya.
5. Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara liga dalam
kumpulan masing-masing.
2. Pusingan Akhir
1. Pemenang 1 Kumpulan X akan melawan Pemenang 1 Kumpulan Y untuk menentukan
Johan dan Naib Johan.
2. Pemenang 2 Kumpulan X akan melawan Pemenang 2 Kumpulan Y untuk menentukan
Tempat Ketiga dan Tempat Keempat.
3. Cara Liga Dua Kumpulan ( A dan B )
1. Pusingan Pertama
1. Sekiranya enam hingga lapan pasukan bahagian mereka hendaklah dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara
liga.
2. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan
dalam Kumpulan A, dan Naib Johan dan Tempat Ketiga ditempatkan dalam
Kumpulan B. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan
dengan cabutan undi.
3. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian
maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
2. Pusingan Kedua ( Separuh Kedua )
1. Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 Kumpulan B (Kumpulan
X) dan Pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang 2 Kumpulan A (Kumpulan
Y).
2. Pasukan-pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah
mati.
3. Pusingan Akhir
1. Pemenang Kumpulan X akan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan
dan Naib Johan
2. Kalah Kumpulan X akan melawan Kalah Kumpulan Y untuk menentukan tempat
Ketiga dan Keempat.
4. Cara Liga Satu Kumpulan
Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil bahagian,
pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan.
5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
1. Secara Liga
1. Cara Memberi Mata
Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
2. Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut :-
a) Pasukan yang memperolehi perbezaan gol terbanyak akan dikira menang
b) Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang
c) Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
d) Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
e) Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
2. Secara Kalah Mati
1. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh
masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.
a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima
minit.
b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberikan
untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi
c) Jika keputusan masih seri, sistem balingan penalti akan dijalankan
kecuali dalam perlawanan akhir.
d) Jika balingan penalti tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan
kurang jelas atau keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian
hendaklah dijalankan.
2. Sistem Balingan Penalti
a) Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan penalti dengan
cara balingan berselang seli oleh 5 orang pemain.
b) Jika masih seri, maka balingan penalty hendaklah diteruskan oleh
pemain yang berlainan secara berselang-seli dengan 'sudden death'.
c) Pengadil akan memutuskan gol mana balingan penalti itu dijalankan.
d) Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat
balingan dahulu.
e) Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan
dibenarkan membuat balingan penalty.
f) Pemain-pemain yang akan mengambil bahagian penalty dan penjaga gol
pasukan lawan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
g) Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
h) Semua gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalty
dijalankan.
6. PAKAIAN
Sila rujuk undang-undang Bola Baling Antarabangsa ( IHF ) dan perkara-perkara
berikut:-
1. Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
2. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan 'boot'. Kasut berpaku
tidak dibenarkan sama sekali.
3. Kasut 'boot' yang mempunyai 6 'stud' tidak dibenarkan dipakai dan
tinggi 'stud' yang dibenarkan tidak melebihi 12mm.
7. GELANGGANG PERMAINAN
Sila rujuk Undang-undang Bola baling antarabangsa (IHF) dan perkara
berikut:-
1. Tiap-tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan
keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukiran sekurang-kurangnya
1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan
gol.
8. ALATAN
1. 18 tahun ke bawah (lelaki) saiz 3 IHF
Berat - 425 gm hingga 475 gm
Lilitan - 58 cm hingga 60 cm
2. 18 tahun ke bawah (perempuan) dan 12 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan)
saiz 2 IHF.
Berat - 325 gm hingga 400 gm
Lilitan - 54 cm hingga 56 cm
3. Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak
MSSM.
9. KELEWATAN
Hanya 10 init akan diberikan diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat.Selepas
itu,pihak lawannya akan diberi kemengan dengan 2 mata dan bilangan gol
3 - 0.
10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
10.1 Pasukan /Peserta yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak
dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.
1. Sekiranya sesebuah pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah
dengan sengaja daripada pertandingan-pertandingan,semua keputusan pertandinganyang
dimainkan oleh pasukan / peserta itu akan dibatalkan.Pasukan tersebut
tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib
akan diambil keatas pasukan yang berkenaan.
11. SINGKIR(KAD MERAH) DAN BATAL
11.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah
atau disingkirkan dalam satu-satu perlawanan ,ia akan digantung satu
perlawanan berikutnya.
11.2 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau
disingkirkan kali kedua,ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang
di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta
tersebut.
12. BANTAHAN
12.1 Bantahan bertulis dengan menggunakan 'Borang Bantahan' yang ditandatanganioleh
seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
jawatankuasa Pengelola pertandingan atau wakilnya tidak lewat daripadanya
satu jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 200.00 (Ringgit
Malaysia Dua Ratus).Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati
bantahan itu tidak berjaya (Kecuali dinyatakan dalam permainan tertentu)
12.2 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan,perlawanan mereka selepas
itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain tanpa bantahan.
13. LEMBAGA JURI RAYUAN
Ahli-ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau
7 orang (maksimum) daripada sekurang-kurangnya 3 buah negeri.Mereka
adalah terdiri daripada:-
13.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Wakilnya.
13.2 Pengerusi Jawatankuasa T eknik MSSM atau wakilnya.
1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (Pengelola Permainan Berkenaan)
atau wakilnya.
2. Setiausaha Agung atau wakilnya.
3. Tiga orang wakil MSS. Negeri yang tidak terlibat dengan bantahan
/ kes tersebut.
14. LEMBAGA TATATERTIB PESTA
1. Lembaga ini terdiri daripada :-
1. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 1 atau wakilnya sebagai Pengerusi.
2. Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya.
3. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (Pengelola Permainan Berkenaan)
atau wakilnya.
4. Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya.
5. Pengerusi Teknik Permainan Berkenaan.
15. MAJLIS MAKAN MALAM
Semua pasukan MSS. Negeri hendaklah hadir di Majlis makan Malam yang
diadakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Permainan berkenaan
memberikan kerjasama menjayakan majlis tersebut seperti atur cara yang
ditetapkan.
Pihak Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada urusetia MSSM
sekiranya terdapat pasukan MSS. Negeri yang tidak memberikan kerjasama
dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Kerja MSSM.
16. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Semua pasukan MSS. Negeri yang menyertai peertandingan permainan MSSM
hendaklah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah yang diatur oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan MSSM.
Jika terdapat MSS. Negeri yang tidak memberikan kerjasama, Jawatankuasa
Pengelola hendaklah memaklumkan kepada lUrusetia MSSM serta Pengarah
Pendidikan Negeri berkenaan agar tindakan diambil terhadap pengurus
pasukan berkenaan.
17. KESELAMATAN
17.1 Pihak Pengelola Pertandingan MSSM akan mengambil langkah-langkah
tertentu untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini
di tempat penginapan dan pertandingan.
17.2 Sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda semasa pertandingan
adalah tanggungjawab peserta sendiri, walau bagaimanapun beberapa persediaan
akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan.
18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang dinyatakan dalam peraturan Am MSSM dan Peraturan
Kejohanan Bola Baling ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan-Peraturan
Am (15) MSSM.