TEKNIK
KEBUDAYAAN,
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN
BAHAGIAN KEBUDAYAAN
GENDERANG
PERATURAN
PERTANDINGAN GENDERANG MSSK (TAHUN 2003)
1. Sistem Pertandingan
dan Penyertaan :
1.1. Terbuka di peringkat
MSSD.
1.2. Sekurang-kurangnya satu pasukan dan tidak lebih daripada dua pasukan
bagi setiap MSSD kepertandingan akhir peringkat negri.
1.3. Peserta bagi setiap pasukan mestilah dari satu sekolah sahaja bagi
semua peringkat pertandingan.
1.4. Bilangan peserta setiap pasukan tidak lebih daripada 15 orang termasuk
kondaktor.
2. Alat-alat muzik :
2.1. Alat-alat muzik
asas KBSR yang wajib dimainkan :
2.1.1. Rekoder Soprano sahaja
2.1.2. Pianika
2.1.3. Dram (Samping dan tenor /Bes ATAU ketiga-tiganya sekali)
2.1.4. Tamborin / Loceng tangan ATAU kedua-duanya sekali
2.1.5. Simbal / Kerencing ATAU kedua-duanya sekali
2.1.6. Kayu tik tok / Kastenet ATAU kedua-duanya sekali
2.2. Alat Muzik Tambahan
:
2.2.1. Sebarang alat muzik yang tidak menggunakan kuasa letrik atau bateri
adalah dibenarkan.
2.2.2. Setiap pasukan dibenar menggunakan tidak lebih dari 3 unit / 3
jenis alat tambahan sahaja.
3. Persembahan :
3.1. Mesti memulakan
persembahan dengan lagu berupa muzik instrumental.
3.2. Persembahan kedua adalah nyanyian beramai-ramai, paling minima adalah
5 orang penyanyi, menggunakan bahasa melayu atau inggeris atau kedua-duanya
sekali, dengan iringan muzik pasukan itu sendiri.
3.3. Pilihan lagu adalah bebas.
3.4. Masa persembahan adalah tidak kurang dari 8 minit dan tidak lebih
dari 10 minit.
3.5. Pasukan yang tidak menepati masa sebagaimana yang dihadkan akan dipotong
peratusan markah keseluruhan.
4. Pemarkahan :
4.1. Instrumental
:
Bahagian A (40m) Susunan muzik : Imbangan, jeda, harmoni dan pic
Bahagian B (30m) Irama : Tempo, rentak dan pola irama
Bahagian C (20m) Persembahan : Ekspresi, gaya, keceriaan dan disiplin.
4.2. Nyanyian Iringan
Muzik :
Bahagian A (50m) Nyanyian : Suara, sebutan, pic, irama dan tempo
Bahagian B (30m) Iringan : Imbangan muzik, rentak dan gubahan
Bahagian C (20m) Persembahan : Ekspresi, gaya, keceriaan, disiplin
4.3. Kondaktor (10m)
: Teknik, kawalan, ekspresi, keceriaan dan disiplin.
5. Penghakiman :
5.1. Dihakimi oleh
5 orang hakim dan seorang ketua hakim.
5.2. Setiap hakim menghakimi semua bahagian pemarkahan.
5.3. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
5.4. Keputusan hakim adalah muktamad.
5.5. Kategori hadiah : Johan kumpulan, Naib Johan kumpulan, Tempat Ketiga
kumpulan, Kondaktor Terbaik.
PEMARKAHAN
GENDERANG

Disediakan oleh:
Teknik Kebudayaan,
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan,
Bahagian Permainan Tradisional.
|