TEKNIK
KEBUDAYAAN,
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN
BAHAGIAN KEBUDAYAAN
NASYID
PERATURAN
PERTANDINGAN NASYID
SEKOLAH MENENGAH MSSK (TAHUN 2003)
1. Tema :
1.1. Lagu Wajib : ‘Ketuhanan’
1.2. Lagu Pilihan : Pilih salah satu daripada tema-tema berikut :
1.2.1. Cintai Sesama Insan
1.2.2. Cintakan Negara
1.2.3. Keamanan Sejagat
1.2.4. Kepatuhan Kepada Ibu Bapa
2. Sistem
pertandingan : Antara MSSD.
3. Penyertaan
:
3.1. Dua pasukan bagi setiap MSSD.
3.2. Peserta bagi setiap pasukan mestilah dari satu sekolah sahaja.
3.3. Bilangan peserta setiap pasukan tidak kurang dan tidak lebih dari
15 orang termasuk tidak lebih dari 3 orang pemuzik dan seorang penasyid
solo.
3.4. Jantina adalah terdiri daripada lelaki sahaja ATAU perempuan sahaja.
4. Persembahan
:
4.1. Boleh diiringi dengan 3 jenis / 3 unit alat muzik perkusi (paluan)
sahaja bagi setiap lagu nasyid yang dipersembahkan.
4.2. Mesti memulakan dengan lagu wajib berupa nasyid tradisional berunsurkan
irama padang pasir secara sesuara (Unison)
4.3. Persembahan kedua adalah berupa nasyid moden yang dibenarkan secara
harmoni (Suara berlapis).
4.4. Lirik nasyid tidak boleh menyentuh isu-isu sensitive dan negatif.
4.5. Kedua-dua buah lagu yang dipersembahkan hendaklah dalam bahasa melayu
dan boleh menggunakan beberapa kalimah arab.
4.6. Pilihan lagu adalah bebas.
4.7. Masa persembahan bagi kedua-dua buah lagu tidak melebihi 10 minit
(Diambil kira semasa mula persembahan di atas pentas dan berakhir setelah
tamat persembahan lagu kedua.)
5. Pemarkahan :
5.1. Nasyid Tradisional : 100
markah.
Bahagian A : Lagu dan Suara
( 50 markah)
A1. Penasyid solo (Kearabian, kemerduan, pic, tempo, sebutan) - 15 markah
A2. Penasyid Latar :
A2.1. Kemerduan (Kearabian,Kelembutan, kelicinan, kemanisan) - 20 markah
A2.2. Paduan suara / kombinasi (Irama, pic, tempo, sebutan) - 15 markah
Bahagian B : Iringan (20 markah)
B1. Rentak (Kesesuaian, kreativiti) - 10 markah
B2. Ketepatan tempo - 5 markah
B3. Keseimbangan - 5 markah.
Bahagian C : Persembahan (20
markah)
C1. Penyesuaian gaya - 5 markah
C2. Ekspresi / penghayatan - 5 markah
C3. Keceriaan (Pakaian, solekan, hiasan) - 5 markah
C4. Ketertiban - 5 markah.
Bahagian D : Ketepatan Tema (10 markah)
5.2. Nasyid Moden : 100 markah.
Bahagian A : Lagu dan Suara
(50 markah)
A1. Paduan suara / kombinasi (Irama, pic, tempo, sebutan) - 20 markah
A2. Kemerduan suara (Kelembutan, kelicinan, kemanisan) - 15 markah
A3. Gubahan / keharmonian - 15 markah
Bahagian B : Iringnan (20 markah)
B1. Rentak (Kesesuaian, kreativiti) - 10 markah
B2. Ketepatan Tempo - 5 markah
B3. Keseimbangan - 5 markah.
Bahagian C : Persembahan (20
markah)
C1. Penyesuaian gaya - 5 markah
C2. Ekspresi /penghayatan - 5 markah
C3. Keceriaan - 5 markah
C4. Ketertiban - 5 markah
Bahagian D : Ketepatan Tema
(10 markah)
Jumlah keseluruhan : 200 markah.
6. Penghakiman :
6.1. Dihakimi oleh 6 orang
hakim dan seorang ketua hakim.
6.2. Bahagian Lagu (Taranum) dihakimi oleh Qari/qariah dan bahagian yang
berkaitan dengan aspek muzik dihakimi oleh guru muzik.
6.3. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
6.4. Keputusan hakim adalah muktamad.
7. Hadiah
:
7.1. Johan
7.2. Naib Johan
7.3. Ketiga
7.4. Solo terbaik (Nasyid
tradisional sahaja).
BORANG
PEMARKAHAN NASYID


Disediakan oleh:
Teknik Kebudayaan,
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan,
Bahagian Permainan Tradisional.
|