TEKNIK KEBUDAYAAN,
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN
BAHAGIAN KEBUDAYAAN

 

PERATURAN PERTANDINGAN SYAIR MSSK (2003)

1. Tema :
1.1. Sekolah Rendah - “Kasih Kepada Ibu Bapa”
1.2. Sekolah Menengah - “Adab Sopan Budaya Melayu”

2. Sistem Pertandingan :
Antara MSSD

3. Penyertaan :
3.1. 2 orang peserta sekolah rendah, terdiri dari 1 orang lelaki dan 1 orang perempuan.
3.2. 2 orang peserta sekolah menengah, terdiri dari 1 orang lelaki dan 1orang perempuan.

4. Persembahan :
4.1. Peserta hendaklah mendendangkan sebuah syair (Jenis lagu panjang) yang berkaitan dengan tema yang telah ditetapkan.
4.2. Iringan muzik secara “Live” dengan menggunakan 1 alat muzik dan dimainkan oleh seorang pemain atau rakaman adalah dibenarkan, tetapi tiada peruntukan markah.
4.3. Alat muzik atau rakaman muzik tidak disediakan oleh penganjur.
4.4. Lirik syair tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
4.5. Lirik syair mestilah di dalam bahasa melayu.
4.6. Masa persembahan :
Tidak melebihi 5 minit. Markah tidak akan diambil kira selepas daripada 5 minit.

5. Pemarkahan :
5.1. Bahagian A (35 markah) Kesempurnaan nada / prasa (Patah lagu syair, pic, irama)
5.2. Bahagian B (35 markah) Kemerduan Suara (Kemanisan,kelembutan, Artikulasi /intonasi – Ala Sebutan Johor)
5.3. Bahagian C (15 markah) Lirik (Isi /tema, rima, diksi – Puitis / klasik)
5.4. Bahagian D (15 markah) Persembahan (Gaya – Postur duduk /berdiri, ekspresi, keceriaan, ketertiban)

6. Penghakiman :
6.1. Dihakimi oleh 5 orang hakim dan seorang ketua hakim.
6.2. Setiap hakim menghakimi semua bahagian.
6.3. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
6.4. Keputusan hakim adalah muktamad.

7. Kategori Hadiah :
7.1. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Syair Rendah Lelaki
7.2. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Syair Rendah Perempuan
7.3. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Syair Menengah Lelaki
7.4. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Syair Menengah Perempuan

8. Am :
8.1. Pakaian peserta hendaklah sesuai dan tidak menjolok mata – Bersopan /berbudaya.
8.2. Penggunaan prop dan sebarang sumber atau benda berbahaya adalah tidak dibenarkan.

PEMARKAHAN SYAIR

Disediakan oleh:
Teknik Kebudayaan,
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan,
Bahagian Permainan Tradisional.

Ahli Jawatankuasa Peraturan Nasyid Peraturan Bintang Peraturan Genderang
Peraturan Syair Borang Keputusan Album