en

TEKNIK KEBUDAYAAN,
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN
BAHAGIAN KEBUDAYAAN

Peraturan Bintang (Sekolah Rendah)
Peraturan Bintang (Sekolah Menengah)

PERTANDINGAN BINTANG

 

PERATURAN PERTANDINGAN BINTANG MSSK (SEKOLAH RENDAH) 2003

1. Sistem Pertandingan : Antara MSSD


2. Penyertaan :

2.1. Tiap-tiap MSSD akan diwakili oleh 2 orang peserta.
2.2. Setiap peserta yang mewakili MSSD akan ke pertandingan Separuh Akhir (Saringan).
2.3. Johan menunggu secara automatik layak ke pertandingan Akhir jika ia masih berada dalam kumpulan umur yang sama.
2.4. Empat orang peserta akan dipilih ke pertandingan Akhir. (5 orang termasuk johan menunggu jika ada).


3. Lagu :

3.1. Setiap peserta mesti mempersembahkan sebuah lagu dalam bahasa melayu sahaja.
3.2. Pilihan lagu adalah bebas.


4. Pemarkahan :
4.1. Bahagian A : Kemerduan suara, patah lagu, pic dan sebutan (50 markah)
4.2. Bahagian B : Tempo, rentak dan irama (30 markah)
4.3. Bahagian C : Penyesuaian gaya, ekspresi, keceriaan dan tatatertib (20 markah)


5. Penghakiman :

5.1. Dihakimi oleh 5 orang hakim dan seorang ketua hakim.
5.2. Setiap hakim menghakimi semua bahagian pemarkahan.
5.3. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
5.4. Segala kontroversi yang ujud didalam pengadilan akan dirujuk kepada juri.
5.5. Keputusan juri adalah muktamad.
5.6. Kategori Hadiah : Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Bintang MSSK.


6. Peraturan Am :

6.1. Pertandingan peringkat awal hingga akhir diwajibkan mengguna muzik iringan keset minus one.
6.2. Muzik iringan keset instrumental atau alat muzik tidak dibenarkan.
6.3. Penari Iringan dibenarkan tidak lebih dari 6 orang (Lelaki sahaja atau perempuan sahaja)
6.4. Peserta mestilah menyediakan keset minus one yang berqualiti.
6.5. Lagu berirama rap, hard rock, heavy metal dan dangdut adalah diharamkan.
6.6. Pakaian peserta hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata.
6.7. Keset minus one yang bersuara latar dibenarkan.

atas

PERATURAN PERTANDINGAN BINTANG MSSK SEKOLAH MENENGAH (TAHUN 2003)

1. Sistem Pertandingan : Antara MSSD

2. Penyertaan :

2.1. Tiap-tiap MSSD akan diwakili oleh 2 orang peserta pelajar sekolah menengah.
2.2. Setiap peserta yang mewakili MSSD layak ke Pertandingan Akhir (Saringan)
2.3. Johan Menunggu secara automatik layak ke pertandingan Akhir.

3. Lagu :

3.1. Setiap peserta mesti mempersembahkan 2 buah lagu, satu lagu wajib dan satu lagu pilihan.
3.2. Lagu Wajib mestilah lagu Melayu Asli berentak asli.
3.3. Lagu pilihan adalah lagu langgam.


4. Pemarkahan :

4.1. BAHAGIAN A (40m) SUARA : Intonasi, nada/pic, dinamik, pernafasan
4.2. BAHAGIAN B (30m) TEKNIK : Patah lagu, alunan lagu, sebutan, penghafalan, interpretasi.
4.3. BAHAGIAN C (10m) TEMPO : Sekata dan ketepatan.
4.4. BAHAGIAN D (10m) KARISMA/IDENTITI : Suara & nyanyian, kreativiti.
4.5. BAHAGIAN E (10m) PERSEMBAHAN : Sikap, gaya, postur, kostum.


5. Penghakiman :

5.1. Dihakimi oleh 5 orang hakim dan seorang ketua hakim.
5.2. Setiap hakim menghakimi semua bahagian pemarkahan.
5.3. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
5.4. Keputusan hakim adalah muktamad.
5.5. Kategori Hadiah : Johan, Naib Johan dan tempat ketiga Bintang MSSK.


6. Peraturan Am :

6.1. Pertandingan peringkat awal hingga Akhir diwajibkan mengguna muzik iringan keset minus one.
6.2. Muzik iringan keset Instrumental atau alat muzik tidak dibenarkan.
6.3. Peserta mestilah menyediakan keset minus one yang berkualiti.
6.4. Keset minus one yang bersuara latar dibenarkan.
6.5. Lagu berirama dangdut, heavy metal, rock dan rap adalah diharamkan.
6.6. Penari iringan dibenarkan tidak lebih dari 6 orang (Lelaki sahaja atau perempuan sahaja)
6.7. Pakaian peserta hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata.

atas

Disediakan oleh:
Teknik Kebudayaan,
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan,
Bahagian Permainan Tradisional.

Ahli Jawatankuasa Peraturan Nasyid Peraturan Bintang Peraturan Genderang
Peraturan Syair Borang Keputusan Album